Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

ISUZU CATAT PENCAPAIAN BERSEJARAH DENGAN 100 000 TRAK CKD DI MALAYSIA

Kuala Lumpur, Oktober 2025 – Isuzu Malaysia Sdn Bhd (IMSB) hari ini berkongsi bahawa ia 
telah mencatatkan kejayaan besar dengan mencapai pengeluaran 100,000 unit trak CKD 
(pengeluaran tempatan) pada suku pertama tahun ini. Pencapaian itu ditandai dengan siri model 
Isuzu ELF dan FORWARD – iaitu model-model jualan popular yang dibekalkan dari fasiliti 
pengeluaran Isuzu Hicom Malaysia Sdn Bhd (IHM) di Pekan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi berkongsi, "Isuzu amat berbesar 
hati kerana telah mencapai dan mengatasi pengeluaran 100,000 unit trak di Malaysia. Bagi kami, 
ini amat bermakna dan bukan sekadar satu tanda pengeluaran. Ia merupakan mercu kejayaan 
operasi syarikat kami yang mewakili kemuncak setiap inisiatif pasaran yang telah kami usahakan 
dari segi sinergi korporat, strategi produk dan kepimpinan pasaran. 

“Ini juga menggariskan kepimpinan pasaran dan kepentingan jenama kami di mana Isuzu telah 
menduduki tempat teratas untuk keseluruhan jenama kenderaan komersial selama 11 tahun 
berturut-turut dan jenama trak tugas ringan selama 15 tahun berturut-turut dalam pasaran ini.” 

IMSB memulakan pembekalan tempatan model ELF dan FORWARD pada tahun 2007 apabila 
sinergi pengeluaran IHM dibentuk. Pada tahun itu, IHM mengeluarkan 3 362 unit trak dan 
semenjak itu telah kian meningkat menerajui industri. Sejak tahun 2007 hingga kini, IMSB telah 
mencatatkan dua tahun pengeluaran terbaiknya iaitu pada 2022 dengan 7 417 unit dan 2023 
dengan 7 334 unit. 

Jumlah terkumpul trak IMSB yang telah dikeluarkan dan dilancarkan daripada IHM semenjak tahun 
2007 sehingga suku kedua tahun ini adalah 101 733 unit. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Hicom Malaysia Sdn Bhd, Koshi Yamaguchi 
mengulas, "Fasiliti pengeluaran kami sentiasa mengekalkan pemeriksaan ketat dan kawalan kualiti 
mengikut piawaian global. Penyelarasan dan perancangan strategik yang berterusan antara IHM 
dan Isuzu Malaysia, walaupun ketika keadaan pandemik yang telah mengganggu rantaian bekalan 
global, telah memastikan keupayaan kami dalam menyampaikan pengeluaran tinggi dalam 
suasana pasaran yang amat mencabar. Keupayaan ini membolehkan kami mencatatkan angka 
pengeluaran trak tertinggi pada tahun 2022!” 

Perjalanan IMSB ke pencapaian 100,000 trak pengeluaran tempatan yang bersejarah ini juga 
dibentuk oleh kejayaan-kejayaan penting yang telah memaparkan perkembangan dan pelancaran 
produk-produk yang bertahap Euro I hingga ke Euro IV / Euro V di Malaysia.

Pada tahun 2010, trak Isuzu N-Series Euro I keluaran tempatan diperkenalkan dan empat tahun 
kemudian pada 2014, IMSB mengambil langkah penting dengan mengubah semua model 
kenderaan kepada tahap Euro II. 

Kawalan kualiti ketat IHM telah diiktiraf apabila ia menerima akreditasi ECE Regulations pada 
tahun 2017 yang membuktikan pematuhan teliti kepada peraturan teknikal berdasarkan piawaian 
global, khususnya berkaitan reka bentuk, keselamatan dan prestasi persekitaran kenderaan serta 
komponen.  

Berikutan itu pada tahun 2019, IMSB memperkenalkan siri model ELF Crew Cab dan ELF 
Smoother yang memberikan fleksibiliti, prestasi dan kecekapan yang dipertingkatkan untuk para 
pelanggan. Sungguhpun dalam suasana pandemik ketika itu, IMSB terus mengeluarkan dan 
melancarkan rangkaian Euro III ELF yang dilengkapi dengan platform Isuzu Safety Plus untuk 
keselamatan yang maksimum. 

Tahun lepas, IMSB telah memperkenalkan rangkaian Euro IV ELF dan model Euro V FVR yang 
seterusnya menandakan peningkatan inovasi dan keupayaan Isuzu dalam pengeluaran tempatan 
serta langkah pentingnya ke arah logistik mampan di Malaysia. 
"Kejayaan kami dalam mencapai dan melebihi 100,000 trak pengeluaran tempatan menjadi nyata 
oleh kerana dua dekad komitmen beterusan, kerjasama rakan kongsi yang kukuh, pertumbuhan 
inovasi dan sokongan luar biasa pelanggan yang kami sentiasa bersyukur," tambah Tomoyuki 
Yamaguchi. 

Isuzu merancang untuk terus mara ke hadapan dengan membekalkan kenderaan komersial 
berkualiti selaras dengan dasar automotif negara dan menyokong matlamatnya terhadap logistik 
yang mampan dan cekap. Sehubungan itu, ia bakal untuk memperkenalkan rangkaian model Euro 
V yang lebih luas dalam masa terdekat, bagi membawa perubahan positif dan mengulangi 
komitmennya kepada pelanggan, rakan kongsi dan industri. 

Untuk butiran lanjut tentang rangkaian kenderaan Isuzu, sila layari www.isuzu.net.my dan 
https://www.facebook.com/IsuzuTrucksMalaysia


2025

  • Hits: 85