UD Trucks dan TCIE Perkenalkan Trak Tugas Ringan Kuzer SKE Baru Yang Penuh dengan Ciri-Ciri Penambahbaikan untuk Pelanggan di Malaysia

UD Trucks dan rakan pengedar tunggal di Malaysia, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE), baru-baru ini telah melancarkan trak tugas ringan Kuzer SKE 155 Baru yang dibangunkan khusus untuk pelanggan di rantau ini, bagi membantu meningkatkan tempoh operasi dan perniagaan logistik mereka.
Berbanding dengan model sebelumnya, Kuzer SKE Baru menawarkan ciri-ciri baharu dan penambahbaikan dalam enam aspek utama iaitu muatan, prestasi, casis, emisi, ketahanan dan keselamatan untuk kecekapan menyeluruh dan produktiviti maksimum.
Ochiai Keiichiro, Pengarah Rantau Asia Tenggara & Asia Timur, UD Trucks berkata, “Trak tugas ringan Kuzer SKE Baru menyerlahkan semangat dan komitmen kami terhadap industri logistik, di mana kami senantiasa meluaskan dan menambahbaikkan barisan produk kami untuk penawaran logistik pintar kepada pelanggan-pelanggan.
"Kuzer Baru dibangunkan untuk pasaran Asia Tenggara terutamanya Malaysia, selaras dengan permintaan terhadap kenderaan komersial tugas ringan berkualiti tinggi yang kian meningkat disebabkan pengembangan pesat aktiviti-aktiviti e-dagang. Kami menjangka bahawa permintaan untuk trak tugas ringan akan terus meningkat pada masa akan datang. Dengan adanya Kuzer Baru, kami bersedia untuk mencatat lebih pertumbuhan dalam segmen ini."
Penambahbaikan Prestasi dan Muatan Membolehkan Penghantaran Yang Lebih
Kuzer Baru menawarkan prestasi yang berkuasa melalui enjin 5.2 liter Euro IV yang jimat bahan api serta memberikan tork tinggi dengan kotak gear overdrive enam kelajuan. Enjin ini menampilkan sistem pengurusan enjin bertaraf dunia dengan sistem suntikan bahan api berinovasi untuk kecekapan bahan api, sambil membolehkan pengendali armada mengurangkan kesan alam sekitar mereka.
Nisbah gear enam kelajuan yang dioptimumkan itu menggunakan teknologi Jepun terkini dan ia menghasilkan RPM enjin yang lebih rendah pada kelajuan yang lebih tinggi. Ini menyumbang kepada peningkatan kecekapan bahan api dan ketahanan komponen enjin.
Kuzer Baru juga menawarkan pengurangan berat kerb dan peningkatan muatan untuk membantu pengendali armada memaksimumkan produktiviti. Trak ini boleh didapati dalam 7.5 tan dan 8.5 tan Berat Kenderaan Kasar (GVW) untuk memenuhi tugasan yang berbeza, dengan varian 7.5 tan menawarkan muatan yang mengagumkan pada 4,880kg, iaitu 600kg lebih daripada model sebelumnya.
Tambahan lagi, kapasiti gandar belakang kini lebih teguh bagi menampung aplikasi yang sukar dan muatan yang lebih berat.
Operasi Harian yang Boleh Dipercayai dengan Keselamatan dan Kebolehpanduan Maksimum
Keiichiro turut mengulas bahawa Kuzer Baru menunjukkan kepentingan keselamatan sebagai matlamat utama UD Trucks melalui pelbagai ciri keselamatan yang dipertingkatkan termasuk Beg Udara SRS, Pengawal Selia Anti-Slip (ASR), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Pengagihan Tenaga Brek Elektronik (EBD).
Kabin Kuzer Baru juga diperakui oleh ECE R29, iaitu peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan keselamatan kabin kenderaan komersial untuk perlindungan penghuni.
Kuzer Baru juga menawarkan kebolehpanduan yang lebih baik melalui reka bentuk aerodinamiknya. Ciri ini membolehkan Kuzer Baru mengurangkan seretan dan mahir berunding selekoh sempit dan tajam di kawasan bandar yang sesak, serta meningkatkan penjimatan bahan api dan mengurangkan kos untuk pengendali armada.
Penambahbaikan lain yang mewujudkan ruang kerja yang lebih baik untuk pemandu termasuk lampu kepala LED untuk keterlihatan yang lebih baik, bahagian dalam kabin dengan storan yang mencukupi dan port USB, gugusan instrumen yang mudah dibaca pada papan pemuka, dan bukaan pintu lebar dengan pemegang A-pillar dan langkah kaki yang lebih rendah untuk mudah masuk dan keluar.
Tempoh Operasi Maksimum untuk Kecemerlangan Perniagaan dan Kos Pemilikan Yang Lebih Baik
Mengulas tentang sokongan menyeluruh dari UD Trucks dan TCIE, Loh Thim Choy, Ketua Pegawai Operasi, TCIE berkata, "Kuzer Baru menjanjikan pelanggan kami kecekapan dan tempoh operasi maksimum melalui akses dan khidmat servis yang mudah, alat ganti tulen dan sokongan penting yang lain di rangkaian kami yang terdiri daripada 28 pengedar dan pusat servis di seluruh negara. Keutamaan kami adalah untuk para pelanggan kami mendapat lebih manfaat setiap kilometer perjalanan, mencapai kos pemilikan trak yang berkesan dan membuat Kuzer Baru satu pelaburan bijak yang sentiasa melebihi jangkaan.”
Pelanggan Kuzer Baru akan disokong oleh UD Extra Mile Services yang termasuk UD Genuine Parts untuk ketahanan dan pembaikan minimum, dengan waranti standard satu tahun. Termasuk juga UD Trust untuk pelan penyelenggaraan harga tetap, keutamaan penjadualan untuk operator armada dan bantuan tepi jalan 24/7, serta UD Genuine Service untuk perkhidmatan berkualiti dan tempoh operasi yang berterusan.
“Pelancaran Kuzer Baru telah mengukuhkan lagi perkongsian unik yang berfokuskan pelanggan antara UD Trucks dan TCIE. Kami berkomitmen dalam memastikan pelanggan kami menerima respon yang pantas dan khidmat servis yang mudah untuk kecekapan dan produktiviti terbaik,” kata Loh.
Kuzer Baru menawarkan waranti kompetitif selama lima tahun atau 300,000km yang mana datang dahulu.