Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 13 November 2023

MAN Malaysia Memperkenalkan Casis Koc Baharu Dengan Spesifikasi EURO V

MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia), pengeluar trak yang pertama di Malaysia yang menawarkan enjin EURO V sebagai standard untuk seluruh rangkaian Trak sekali lagi menunjukkan kedudukan sebagai peneraju penyelesaian pengangkutan yang mampan dengan memperkenalkan casis koc spesifikasi EURO V yang baharu. 

Casis koc MAN RR5 dengan enjin EURO V pelepasan rendah telah diperkenalkan kepada lebih 60 orang tetamu yang terdiri daripada pengendali perkhidmatan bas dan pembina badan bas yang terkemuka di negara ini semasa perjumpaan tahunan MAN BAGUS edisi 2023 untuk para penggiat yang penting daripada industri bas. 

Tom Kuiphuis, Ketua bahagian Bas Australasia & Greater China/Focus Malaysia, MAN Malaysia berkata bahawa casis koc MAN RR5 Coach baharu ini merupakan penyelesaian yang ideal bagi para pengendali bas yang kini sedang berdepan dengan cabaran kenaikan kos operasi dan tambang. 

“Casis koc MAN RR5 kami dengan spesifikasi EURO V dengan kecekapan bahan api, prestasi dan kebolehpercayaan yang terbukti mampu mengurangkan kos pemilikan secara keseluruhan dan membantu pengendali bas untuk memenuhi peraturan pelepasan yang semakin ketat,” beliau berkata. 

Dengan industri pengangkutan sebagai antara penyumbang terbesar gas rumah hijau, Tom berkata bahawa dengan hanya bertukar daripada EURO III kepada EURO V, pelepasan jisim zarah dapat dikurangkan sebanyak 80% dan nitrogen oksida (NOx) sebanyak 60%.  

Dalam acara tersebut, MAN Malaysia turut memperkenalkan casis koc MAN RR5 model tahun 2024 dengan pelbagai ciri yang dinaiktaraf.  Antara ciri yang baharu termasuklah roda stereng berbilang fungsi yang baharu, skrin paparan definisi tinggi dengan grafik 3D untuk pemandu, casis dengan tangki bahan api 400 liter rangka tengah dan sistem ADAS (Advanced Driver Assistance Systems) yang terkini. 

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks berkata enjin EURO V akan menjadi enjin standard dalam seluruh rangkaian casis bas dan koc MAN.  Beliau sekali lagi mengesahkan komitmen syarikat untuk menyediakan sokongan selepas jualan yang terbaik untuk pelanggan melalui pengembangan rangkaian strategik, menambah jumlah juruteknik dan membaharui kumpulan kenderaan MAN Service Mobile.