Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 30 December 2013

Kehidupan Sebagai Pemandu Truk yang Sihat

Tiada alasan untuk menjalani gaya hidup yang sihat jika itu adalah matlamat anda. Pemandu Trak adalah profesion yang mudah untuk memgamalkan tabiat dan rutin harian yang tidak sihat seperti memandu sepanjang hari, tidur didalam trak dan makan diperhentian trak. Marilah kita bertindak untuk mengelakkan dari penyakit yang tidak diingini dan menjadi anda seorang pemandu yang lebih baik di jalan raya.

Memilih Makanan Seimbang

Pemilihan makanan adalah sesuatu yang penting kerana anda memerlukan makanan yang boleh membekalkan anda protein yang mencukupi, vitamin dan tenaga badan untuk mejalani rutin harian anda. Pastikan anda mempunyai air mineral didalam trak untuk memastikan badan anda kekal terhidrat untuk perjalanan yang panjang. Anda boleh membawa makanan ringan yang sihat seperti buah-buahan, bar protein kacang dan lain-lain. Pengambilan vitamin juga boleh membantu anda untuk menambah nutrien tambahan kepada badan anda.

Memastikan Fikiran dan Badan sentiasa Segar

Sebagai pemandu truk, anda akan melalui jadual kerja yang tidak menentu, sekali gus akan mengganggu masa rehat anda. Anda haruslah bijak merancang untuk mencari masa rehat yang sesuai dan mencukupi dan jika anda perlu tidur dalam trak anda, pastikan anda tidur didalam keadaan yang selesa. Ini adalah baik untuk mengaktifkan semula otot dan sendi anda setiap hari.

Senaman

Sukar untuk melakukan senaman harian kerana anda sentiasa berada di jalan raya? Anda boleh menyediakan peralatan senaman di dalam trak anda seperti “dumbbell”, “jumping rope”, basikal dan banyak lagi. Anda boleh lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit di perhentian trak. Di hari cuti pula, anda juga melakukan aktiviti seperti berenang bersama keluarga anda, menghabiskan masa yang berkualiti dan memupuk gaya hidup sihat. Mungkin syarikat-syarikat trak juga perlu meluangkan masa selama 15 minit untuk melakukan senaman ringkas dikalangan pemandu lori pada setiap pagi sebelum mereka memulakan jadual kerja. Tahukah anda terdapat Mercedes trak yang direka khas yang untuk melakukan senaman didalam trak tersebut. Jika “Stallone” boleh melakukannya dalam "Over The Top", anda jugak boleh!

Kajian penyelidikan

Kajian membuktikan bahawa duduk untuk jangka masa yang lama akan membawa kepada beberapa masalah kesihatan, termasuk obesiti dan sindrom metabolik - kelompok syarat yang termasuk tekanan peningkatan darah, gula darah tinggi, lemak badan yang berlebihan di sekeliling pinggang dan paras kolesterol yang tidak normal. Terlalu banyak duduk juga seolah-olah meningkatkan risiko kematian akibat serangan jantung dan kanser. (James A. Levine, MD, Ph.D. Mayo Clinic endocrinologist)
Tip-tip ini adalah sesuatu yang telah biasa kita dengar tetapi gagal untuk dipratikkan. Rumusanya, anda hanya perlu memastikan badan anda didalam keadaan yang baik dan sihat. Nutrien dalam badan, air yang banyak, tidur yang cukup dan senaman mudah. Semua tabiat buruk anda (jika ada) haruslah cuba dibuang, contohnya seperti merokok. Sebaik sahaja anda berjaya berbuat demikian, anda berada di landasan yang betul untuk menjadi seorang yang sihat, cergas dan cerdas.