Cara-cara mengatasi rasa mengantuk
Rasa mengantuk adalah tanda yang merbahaya jika sedang memandu walaupun pemandu yang terbaik. Berikut adalah beberapa cara yang berguna untuk pemanduan harian anda.
Berjalan selama 10 minit
Adakah anda tahu terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa 10 minit berjalan kaki boleh meningkatkan tenaga selama dua jam? Ini kerana dengan berjalan kaki dapat mengepam oksigen melalui urat anda, otak, dan otot. Oleh itu, kepada pemandu trak yang menghentikan trak di mana-mana kawasan rehat, anda boleh cuba untuk berjalan di sekitar kawasan itu sekurang-kurangnya 10 minit untuk menyegarkan minda dan badan anda. Anda tidak perlu berpeluh untuk mengecas semula badan anda.
Hebatnya “Power Nap”
“Power nap” ialah tidur dalam jangka masa yang pendek selama 15 ke 10 minit. Pemandu trak boleh melakukan “power nap” semasa perhentian trak atau semasa waktu rehat. Tidur dalam jangka masa pendek ini dapat membantu anda merehatkan mata, minda dan badan. Tumpuan yang berterusan di atas jalan raya boleh menyebabkan sakit mata dan mendatangkan rasa mengantuk serta keletihan. Oleh itu, menutup mata anda untuk sementara waktu boleh membantu memulihkan mata anda. Salah satu cara yang mudah ialah dengan memegang kunci trak anda, apabila anda tidur selama 15 – 20 minit, secara tidak langsung, tangan anda akan terbuka dan menjatuhkan kunci tersebut, anda akan tersedar dan boleh meneruskan pemanduan.
Makanan ringan yang sihat untuk meningkatkan tenaga
Pemandu trak kebiasaannya perlu memandu pada waktu siang dan malam. Anda perlu membawa makanan ringan yang betul bagi membekalkan tenaga anda sepanjang pemanduan. Jangan mengambil bar gula-gula kerana ia hanya akan membuatkan anda merasa lebih letih selepas sejam kemudian. Sila ambil perhatian bahawa makanan ringan yang mengandungi lebih gula boleh memberi tenaga dengan pantas tetapi akan lebih memyebabkan kelesuan dan keletihan. Pemilihan epal atau kacang adalah alternatif yang lebih baik untuk makanan ringan semasa memandu di jalan raya.
Minum air untuk mengelakkan keletihan
Dehidrasi boleh menyebabkan keletihan. Pastikan anda minum air dengan banyak dan makan makanan yang mempunyai air yang tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Kopi bukanlah kategori cecair kerana ia dehidrasikan anda. Untuk setiap cawan kopi yang anda minum anda perlu minum sekurang-kurangnya segelas air dengannya.
Bersenam
Walaupun masa anda banyak dihabiskan di atas jalan raya, anda perlu sentiasa mencari masa untuk bersenam walaupun dalam masa yang singkat. Senaman yang seimbang akan membantu memberikan stamina tambahan untuk anda merasa cergas dan bertenaga.