Kempen Keselamatan Jalan Raya – Kempen Permakaian Tali Pinggang dan Pemakaian Topi Keledar dengan Betul dan Kemas.
Kempen permakaian tali pinggang dan pemakaian topi keledar dengan betul dan kemas diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Putra, Bangi, Selangor.
Kempen tersebut dijalankan dengan kerjasama antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan SK Sri Putra yang telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd. Rusdi bin Mohd Darus, Pengarah Bahagian Perlaksanaan Program dan Projek Jabatan Keselamatan Keselamatan Jalan Raya.
Menurut sumber Cawangan Penerangan Trafik, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Sebanyak 178 Kemalangan Jalan Raya yang membabitkan pelajar sekolah ketika di dalam perjalanan ke sekolah dan juga pulang dari sekolah. Manakala sebanyak 288 kes melibatkan para pelajar sekolah ketika di luar waktu sekolah.
Menuju ke arah itu, pihak JKJR telah memilih SK Sri Putra, Bangi sebagai salah satu sekolah untuk menjayakan kempen ceramah tersebut dan telah mendapat sokongan dari organisasi yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PDRM, Institus Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADDK) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Kempen yang berlangsung ini mensasarkan para pelajar sekolah untuk memupuk kepekaan terhadap keselamatan jalan raya dari usia yang muda untuk dijadikan sebahagian dari gaya hidup.
“Program yang diadakan ini diharapkan dapat menarik perhatian semua terutama kepada anak-anak kita yang masih kecil. Kempen permakaian tali pinggang dan pemakaian topi keledar dengan betul dan kemas ini dapat memberi pengetahuan dan maklumat lengkap terhadap mereka yang masih kecil ini,” kata Yang Berusaha Encik Mohd. Rusdi bin Mohd Darus,
“Kami sebagai pihak sekolah akan menerapkan semangat kempen ini kepada murid-murid setiap hari melalui pembelajaran harian, semasa perhimpunan, dan kokurikulum. Selain itu, para guru juga perlu memainkan peranan masing-masing dalam menunjukan contoh yang baik seperti pemakaian tali pinggang dan pemakaian topi keledar dengan betul,” kata Pengetua SK Sri Putra.
JKJR telah mengaturkan beberapa program dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya dimasa akan datang