Perkahwinan dengan Seorang Pemandu Trak
Kita mendapat persepsi baru tentang perkahwinan dengan seorang pemandu trak selepas menemubual dengan pasangan ini.
Tiada apa yang perlu dibimbangkan jika anda berkahwin dengan seorang pemandu trak sekiranya anda dan pasangan anda tahu bagaimana untuk memainkan peranan masing-masing. Salmah bt Johari 39, telah berkahwin dengan Jamil B Shahudin 47, selama hampir 19 tahun dan mereka mempunyai tiga orang anak lelaki. Kini Puan Salmah disahkan mengandung anak keempat mereka. Tetapi bagaimana hubungan ini dapat dikekalkan apabila satu pasangan sentiasa di jalan raya?
Semasa menemubual pasangan ini, Puan Salmah memberitahu kami bahawa dia semeangnya mengetahui akan kerja Encik Jamil dan implikasinya. "Beliau bekerja sebagai pemandu trak ketika beliau masih bujang. Kami jarang bertemu, hanya menggunakan teknologi yang ada ketika itu untuk berkomunikasi, tetapi saya selesa dengan keadaan itu, "kata Puan Salmah. Beliau juga menambah bahawa dia bukanlah seorang yang suka keluar tanpa hala tuju begitu juga dengan Encik Jamil.
Puan Salmah bukan sahaja menjaga isi rumah, dia juga mempunyai tanggujawab diluar, beliau bekerja sebagai pengurus operasi di sebuah syarikat logistik. Pasangan ini mempunyai kerjaya tersendiri, kita mesti tertanya-tanya bagaimana mereka menguruskan masa seisi keluarga.
Pada pandangan saya, sebagai seorang isteri, seorang ibu dan wanita yang berkerjaya, saya tidak boleh menafikan bahawa saya perlu membuat lebih pengorbanan di dalam perkahwinan saya. Saya perlu mengendalikan tanggujawab dari segi dalaman rumah yang merupakan anak-anak saya dan ibu saya (ibu Puan Salmah tinggal bersama beliau). Tetapi perkara yang memudahkan saya adalah apabila suami saya tahu apakah tanggungjawab dan peranannya, dengan pertolongan dari beliau, saya tidak merasakan apa yang saya pikul ini sebagai satu beban, "kata Puan Salmah.
Puan Salmah akan memastikan bahawa hari Ahad adalah hari bersama keluarga. Biasanya Encik Jamil tidak berkerja pada hari Ahad dan semua adik-beradiknya akan berkumpul di rumahnya. Encik Jamil memilih untuk terus pulang kerumah selepas selesai kerja, beliau tidak gemar membuang masa diluar atau melepak dengan rakan-rakannya.
"Setiap perkahwinan akan melalui waktu-waktu yang mencabar. “ Masa paling sukar bagi kami ialah apabila trak Jamil perlu berada di dalam bengkel selama tiga bulan. Oleh itu, beliau tidak mempunyai gaji selama tiga bulan. Itulah waktu dimana kami hanya bergantung kepada pendapatan saya. Walau bagaimanapun, kami berjaya mengatasinya, "kata Puan Salmah.
Puan Salmah dan anak-anaknya pernah mengikuti Jamil pada salah satu perhantaran jarak jauh beliau iaitu ke Pulau Pinang semata-mata untuk menunjukkan kepada anak-anaknya tentang bagaimana bapa mereka berkerja. Satu perkara yang mereka masih mengamalkan selama 19 tahun berkahwin adalah komunikasi. "Komunikasi adalah penting dalam setiap hubungan. Suami saya menelefon saya setiap dua jam walaupun hanya untuk bertanya kan perkara harian dan kami akan menghabiskan beberapa minit bercakap tentang apa-apa perkara sebelum kita tidur, "kata Puan Salmah.
Pada akhir wawancara, Puan Salmah menegaskan bahawa tidak kira sesiapa sahaja yang anda pilih untuk menjadi pasangan anda selagi anda dan pasangan cuba untuk memahami antara satu sama lain, sentiasa bertolak ansur, menghormati dan mempercayai pasangan anda semuanya akan berjalan dengan lancar.