Salam semua, ada sedikit perkongsian menarik di sini.
Minggu lepas, salah seorang Team dari Asian Trucker telah mengalami kerosakan kereta di mana tayar kereta beliau telah pancit pada pukul 2 pagi. Seperti kita semua maklum tiada bengkel yang buka pada waktu begitu. Asian Trucker pernah menemu bual dengan salah seorang pemandu "Car carrier Truck/ Tow Truck" beberapa bulan yang lepas.
Semasa kejadian ini, beliau telah menelefon Encik Irwan (Car carrier Truck) untuk bantuan segera.
Encik Irwan bergegas dari Cyberjaya ke tempat kejadian di Sri Petaling.
En Irwan dan rakan-rakannya membantu menukarkan tayar yang pancit tersebut. Tindakan ini membuktikan En Irwan dan rakan-rakan bertindak dengan pantas dan boleh dipercayai.
Asian Trucker ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Irwan dan rakan-rakannya di atas bantuan yang diberikan.