Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 05 May 2014

Volvo Trucks bekerjasama dengan National Geographic untuk memetakan perspektif kemajuan di Asia

Volvo Trucks, salah satu pengeluar utama trak-trak tugas berat di dunia telah bekerjasama dengan pihak National Geographic Channel untuk memulakan kempen Asia 360° mereka hari ini. Sempena pelancaran rangkaian trak baru mereka di Asia pada bulan Mei ini, Volvo Trucks menyerlahkan pelbagai prespektif kemajuan dan memulakan satu perjalanan maya dari Singapura ke Korea Selatan.

Para pengguna boleh mengikutinya menerusi satu laman web mikro, www.perspectivesofprogress.com, yang menampilkan kisah-kisah tiga orang personaliti yang memberi inspirasi, di samping satu koleksi rakaman gambar panorama 360° lokasi-lokasi paling menarik di Asia yang mengagumkan – sekali gus memetakan pelbagai perspektif kemajuan!

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kenderaan Volvo Trucks di Asia, Elisabeth Larsson menjelaskan, “Di Volvo Trucks, kami selalu meneraju kemajuan, untuk para pelanggan dan masyarakat secara umumnya, dimana kami telah menyumbang kepada kemajuan Asia sejak hampir 80 tahun lalu. Kami ingin membuktikan komitmen kami bukan sekadar bersifat satu pihak sahaja, tetapi menyeluruh. Sebab itulah inovasi di dalam produk kami adalah untuk tujuan yang lebih hebat.”

“Di peringkat global, kami dikenali sebagai satu jenama yang inovatif dan ini turut dibuktikan dalam aspek komunikasi kami. Dengan kempen Asia 360°, kami mahu membuka pandangan-pandangan yang baru. Kami ingin memberi inspirasi kepada orang ramai, membuatkan mereka melihat bagaimana kita semua boleh memacu kemajuan dan merangka masa depan,” kata Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson.

Asia 360° memaparkan perspektif-perspektif kemajuan yang berbeza di Asia menerusi pandangan tiga orang personaliti terkenal, selain menunjukkan pemandangan 360° mengujakan yang ditawarkan oleh rantau ini. Ketiga-tiga personaliti itu akan mempersembahkan bagaimana kemajuan adalah jantung Asia, di mana mereka mempunyai visi sama dengan Volvo Trucks: mengambil berat terhadap masyarakat serta keinginan untuk terus maju dan berkembang.

Memulakan perjalanan di Singapura, personaliti pertama yang ditampilkan ialah Sherilyn Lim, pengamal pelbagai bentuk seni mempertahankan diri wanita terkenal di Asia Tenggara, sebelum menuju ke Bangkok bertemu dengan Greig Craft, pengasas Pencegahan Kecederaan Asia yang merintis satu pergerakan keselamatan di Thailand. Akhirnya, perjalanan akan ke Beijing, di mana Li Hu, pengasas OPEN Architecture berkongsi kesungguhannya untuk mencipta dan menjuruterakan semula wajah kota China.

Pemandangan indah Singapura, Kuala Lumpur, Sungai Mekong di Laos, Wuhan dan Shanghai menyimpulkan perjalanan epik ke seluruh Asia dengan rakaman-rakaman kemajuan mengagumkan yang menggalakkan penerokaan dari setiap sudut.