Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 31 March 2016

Bukanlah hari yang sukar, hanya pekerjaan yang lasak

“Saya akan memberikan ciuman pada isteri saya setiap hari sebelum ke tempat kerja, kerana berkemungkinan ia adalah ciuman yang terakhir kerana kerjaya saya yang berisiko,” kata seorang pengendali kren.

“Kerjaya ini adalah satu kerjaya yang menyeronokkan!,” ulang Encik Hafeez. Seronok? Di bawah cahaya matahari yang terik? Apakah definasi seronok bagi pandangan Encik Hafeez? Fajar, penulis dari Asian Trucker menemu bual Encik Roshafeez bin Abdul Hamid, 35, pada waktu rehat beliau di sebuah tapak pembinaan di Kepong.

“ Ya, saya adalah orang yang bertanggunjawab mengendalikan kren di tapak pembinaan ini. Ini bermakna saya memainkan peranan yang penting di sini termasuklah menjaga keselamatan mereka yang berkerja di tapak pembinaan ini,” kata Hafeez.
Tugasan sebagai pengendali kren ini mungkin nampak mudah dimata orang ramai, tetapi adakah anda tahu bahawa mereka yang mengendalikan kren perlu sentiasa berhati-hati ketika mengawal kren? Ini kerana kesilapan kecil mampu menyebabkan kematian dan kerosakkan yang serius.
Jika kerjaya ini sangat berisiko, mengapa masih ada orang seperti Hafeez jadikan ia sebagai sumber rezeki? “Kerana pendapatan yang lumayan,” kata beliau sambil tersenyum.

Prosedur
Setelah berkecimpung di dalam industry hampir 12 tahun, Hafeez akan berkongsi beberapa prosedur jika anda berminat untuk menceburi bidang ini. Yang pertama, anda perlu mendapatkan lesen daripada JKKP (Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja), seterusnya, mengikuti khusus yang dianjurkan oleh pihak ABM (Akademik Binaan Malaysia) berkenaan dengan cara mengendalikan atau mengawal kren. Khusus yang berlangsung selama dua bulan ini bukan sahaja percuma malah anda akan mendapa6t elaun sebanyak RM200.

Cabaran
Kerja yang sukar, lasak dan hanya untuk mereka yang tidak berpendidikan. Ini adalah perseptif biasa daripada orang ramai.
“Ia hanyalah habuk dan kami berkerja di dalam keadaan yang lebih kepada alam semulajadi di mana terdapat pokok-pokok, rumput dan batu-bata. Memang ia lasak kerana persekitaran kami tiada penghawa dingin atau duduk dikerusi yang empuk. Kami “beraksi” di dalam keadaan yang panas terik dan jika sesuatu perkerjaan itu tidak memerlukan sebarang kira-kira, tidak bermakna kami semua tidak berpelajaran. Kerjaya kami memerlukan kemahiran yang profesional dalam menggunakan teknologi dan tenaga yang banyak,” terang Hafeez.
Menurut beliau, cabaran yang kedua ialah mereka yang mengendalikan kren perlu peka pada berat beban yang diangkat. Apabila beban yang diangkat melebihi had yang sepatutnya, maka boleh menyebabkan kren terbalik.

Makanan
“Mestilah cara orang Malaysia, Nasi Lemak dan Teh Tarik adalah sarapan pagi saya setiap hari dan untuk makanan tenghari, saya akan membungkus makanan dan makan di tapak pembinaan sahaja. Minum air dengan banyak adalah perkara yang selalu saya tekankan kepada rakan-rakan sekerja saya kerana dengan keadaan cuaca yang agak panas boleh menyebabkan strok haba,” kata Hafeez.
“Ini adalah kerja yang menyeronokan kerana bagi saya suasana saya berkerja tidak terikat dengan apa-apa. Saya tidak perlu ke sana ke sini mengejar masa, berhadapan dengan kesesakkan lalu lintas dan saya boleh berehat pada bila-bila masa sahaja. Inilah kebebasan yang saya cari,” tambah Hafeez.