JPLogistics memperbesarkan armada ‘Prime Mover’ dengan Volvo Trucks
JPLogistics, sebuah anak syarikat milik Johor Port Berhad dan ahli Kumpulan MMC, ditubuhkan pada tahun 1996 dan telah menggunakan trak Volvo sejak tahun 2006. Syarikat tersebut berurusan dengan pelbagai jenis kemudahan dan kepakaran untuk memenuhi keperluan pengangkutan dan penghantaran badan-badan komersil.
“Kami memperolehi trak ‘prime mover’ Volvo FM440 I 6x2 TRAS untuk memudahkan pengangkutan gas asli termampat (CNG) oleh Gas Malaysia Berhad dan IEV Energy Sdn Bhd (GMIEV) di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia. Dengan ini kami memiliki 69 unit trak Volvo di dalam armada kami,” kata Nazry bin Yahya, Pengurus Besar, Perkhidmatan Korporat, JPLogistics. “Selain kebolehpercayaan dan keselamatan trak, perkhidmatan pasca-jualan Volvo juga sangat bagus. Mereka efisyen dan menawarkan maklum balas yang pantas kepada keperluan kami. Dengan alat ganti tulen, tenaga kerja yang sangat terlatih dan tempoh masa kerja yang singkat, kami tahu keperluan trak-trak kami diurus dengan baik,” tambah beliau. Pembelian trak Volvo FM440 didatangkan dengan latihan pemandu dan perkhidmatan penyelenggaraan 24-jam.
Upacara penyerahan diadakan di Wisma JPLogistics, Pasir Gudang dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi JPLogistics, En Md Zulnorrain Bin Buang @ MD Yassin dan Timbalan Presiden Jualan & Logistik Volvo Trucks Malaysia, En Jerome Wong.
“Diperkenalkan kepada pasaran Malaysia pada 2014, model FM merupakan sebahagian dari rangkaian kenderaan komersil tugas berat premium Volvo Trucks. Dipasarkan sebagai sebuah model versatil yang sesuai untuk pelbagai jenis aplikasi, model FM menawarkan pemanduan bertaraf dunia, kos operasi yang tiada tandingan dan aspek keselamatan hebat dalam pelbagai konfigurasi untuk memenuhi keperluan perniagaan. Kami berterima kasih kepada JPLogistics untuk keyakinan berterusan mereka pada trak-trak kami,” kata Jerome Wong, Timbalan Presiden, Jualan & Logistik, Volvo Trucks Malaysia.