Dilupakan di Latar Belakang
Biasa bercakap tentang pemandu lori dan masalah mereka, Stefan Pertz selak di sebalik tirai untuk memahami mereka yang biasanya jarang mendapat pengiktirafan.
Biasanya, apabila bercakap tentang industri trak dan pengangkutan, kita memikirkan pemandu trak (lazimya mereka tidak mendapat pandangan yang baik dari orang awam) atau pemilik syarikat pengangkutan yang berjaya seperti Eddie Stobart atau Lindsay Fox. Walau bagaimanapun, kali ini saya ingin bercakap mengenai mereka yang pada awalnya menjayakan urusan-urusan pengangkutan.
Mekanik
Tidak ramai inginkan pekerjaan ini kerana selalu dianggap sebagai ‘kotor’ tetapi setiap syarikat pengangkutan perlukan mereka untuk memastikan trak-trak berfungsi baik dan melakukan penghantaran mengikut jadual. Memandangkan tugas mereka kini lebih menggunakan komputer dari sepana, mungkin kita perlu mencari nama baru untuk mereka?
Kita boleh gelar mereka sebagai “nerds”, memerah otak hanya untuk mengurangkan berat trak dengan beberapa kilogram, tetapi tanpa pereka kenderaan dan jurutera, tiadalah trak-trak menawan di jalan raya. Industri ini akan masih terperangkap dengan “kotak-kotak logam” di lebuh raya. Dalam filem, pelakon berada di pusat perhatian, tetapi ia adalah pengarah yang menghidupkan skrip. Kami menghormati 'Truck of the Year', tetapi tidakkah sepatutnya kita letakkan pereka ke permaidani merah sekali?
Menipu di Jalan Raya?
Bilakah kali terakhir anda senyum kepada pemandu trak tunda? Walaupun trak direka dan dibina dengan baik, setiap kenderaan ada kalanya akan rosak, ia adalah fakta kehidupan. Pada masa itulah terserlah kebaikan seseorang untuk meninggalkan keluarganya seketika untuk membantu seorang “trucker” yang terkandas. Saya secara peribadi tertanya, apakah benar kisah-kisah tentang pemandu trak tunda yang sengaja menyebabkan kemalangan jalan raya demi mendapatkan wang lebih.
Bagaimana pula mereka yang bekerja 24 jam di stesen minyak? Mereka bersedia membantu kita pada bila-bila masa. Adakah anda tahu nama petugas yang kerap membantu mengisi minyak ke dalam trak anda? Tambahan lagi, kebanyakan stesen minyak juga menydiakan kopi yang enak! Pernahkah kita adakan “Anugerah Petugas Stesen Minyak Terbaik”?
Memastikan Perjalanan Anda Selamat
Apabila lorong ditutup disebabkan kerja-kerja baik pulih, lazimnya kita marah kepada petugas berbaju oren yang mengarahkan kita supaya memandu dengan perlahan. Tetapi ingatlah bahawa itu hanya sementara, kerana tugasnya itu adalah supaya kerosakan jalan raya dapat diperbaiki, sekaligus mengelakkan kemalangan. Berikanlah mereka tepukan kerana petugas-petugas inilah yang memastikan perjalanan anda selamat dan selesa.
Akhir sekali, mari kita berikan kredit kepada pembina trak yang memastikan semua skru ketat, paip tiada bocor dan kita mendapat trak kita tepat pada waktunya. Mereka bekerja dalam tekanan yang hebat demi menepati masa, seperti pemandu trak juga. Jika anda melawat bengkel pemasangan, anda akan belajar tentang “taktik waktu.” Pasukan pemasangan ini perlu menyiapkan sesebuah trak dalam beberapa minit atau saat sahaja.
Wira-wira Tanpa Nama
Saya ingin meminta maaf kerana pastinya saya tidak menyebut semuanya yang terlibat dalam industri ini. Bagaimanapun, mari kita henti seketika untuk mengingati wira-wira ini yang membolehkan trak kita berjalan dan memudahkan kehidupan kita.