Volvo dan Kidzania Mendidik Kanak-Kanak Tentang Keselamatan
Volvo Trucks Malaysia baru-baru ini mengumumkan kolaborasi mereka bersama Kidzania Kuala Lumpur yang merupakan salah satu bisnes paling berjaya di dunia dalam industri 'edutainment', dan terdapat di 16 lokasi antarabangsa, salah satunya di Kuala Lumpur, Malaysia.
Kolaborasi bersama Kidzania ini akan menggabungkan program "Stop, Look, Wave' yang akan mengajar kanak-kanak tentang kepentingan keselamatan jalan raya dan bagaimana berurusan dengan kenderaan di atas jalan raya. Volvo telah bekerjasaman dengan rakan-rakan kongsi dan pelanggan untuk mengembangkan lagi program ini. Oleh itu, kerjasama bersama Kidzania Kuala Lumpur akan mencecah sasaran yang lebih besar, dengan tentunya.
Bercakap di pelancaran, Mats Nilson, Pengarah Urusan Volvo Malaysia, berbicara tentang sejarah jenama Volvo iaitu penekanan mereka terhadap isu keselamatan yang juga diterjemahkan kepada budaya dan produk mereka: "Keselamatan merupakan nilai teras kepada Volvo Truck yang berada dekat di hati kami. Ia telah menjadi sebahagian daripada kami, budaya kami serta sejarah kami. Volvo mempunyai tradisi sekian lama dalam membangunkan produk yang mengutamakan keselamatan dan secara berterusan melabur banyak masa dan sumber dalam mengkaji kemalangan, punca dan akibatnya. Dan sekarang, kami akan membawa pengajaran keselamatan dan kemahiran kepada kelas sekolah rendah kerana kami percaya dengan memulakan pengajaran pada umur muda, dengan sasaran kami di peringkat sekolah."
Di majlis itu juga terdapat sebuah trak FM440 Volvo yang telah diumumkan, akan digunakan untuk melawat ke sekolah-sekolah seluruh negara. Trak canggih itu akan disertai sekumpulan tenaga pengajar yang akan menguruskan aktiviti ko-kurikulum, yang akan melibatkan beribu murid sekolah di seluruh Malaysia.
Selain Volvo Trucks, Volvo Cars Malaysia juga menyertai kerjasama dalam melengkapkan fasiliti di pusat hiburan keluarga tersebut.
Fasiliti yang disediakan disediakan di dalam bandar kanak-kanak bersaiz mini itu adalah sebuah pusat penjualan kereta, juga disertai dengan barisan computer yang akan membolehkan kanak-kanak untuk mereka kereta mengikut kehendak mereka, di samping mengajar mereka tentang aspek keselamatan dalam masa yang sama. Tambahan pula, walaupun Kidzania adalah sebuah bandar imaginasi yang membenarkan kanak-kanak mencuba peranan kerja orang dewasa dalam bentuk permainan, kereta yang disediakan di pusat jualan kereta tersebut adalah sebuah kereta Volvo yang benar! Ini menjadikan kedai tersebut lebih hebat. Kanak-kanak juga akan dapat belajar kemahiran berkomunikasi ketika sesi permainan mereka bersama Volvo. Ini kerana dalam permainan tersebut, mereka akan diajar bagaimana mengambil peranan sebagai penjual kereta.
Lennart Stegland, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, dalam kenyataan beliau menyebut bahawa pendidikan berada pada tapak asas kepada masa depan lebih selamat, dan ini bermula dengan mengajar kanak-kanak tentang jalan raya dan keselamatan: "Di Volvo, kita bekerja untuk membina sebuah dunia yang lebih selamat untuk pengguna jalan raya – dan sebahagian besar kerja ini berkait dengan pendidikan. Kami menyedari bahawa terdapat kekurangan kefahaman pada kepentingan menggunakan kerusi kanak-kanak yang betul di Malaysia... Dengan adanya kelengkapan kami ini, kami berharap akan dapat mendidik anak-anak supaya mereka dapat menghantar mesej keselamatan ini kepada ibu bapa dengan impak yang lebih besar."
William Edwards, Pengarah Eksekutif kepada Attractions for Themed Attractions Resorts & Hotels juga berdiri di podium dan menerangkan bagaimana penglibatan Volvo akan membantu melengkapkan peralatan yang baik bagi memberikan suasana permainan-peranan yang lebih sebenar kepada kanak-kanak:
"Penglibatan rakan kongsi industri seperti Volvo akan menjadikan permainan-peranan ini lebih sebenar kerana kita dibantu oleh pakar dalam industri. Rakan kongsi kami akan memberikan peralatan yang patut dan pengetahuan untuk melatih dan mendedahkan anak-anak untuk menjalankan tugas-tugas dalam setiap profesion. Ketika mana kanak-kanak seronok belajar bagaimana peranan dan tanggungjawab setiap profesion tersebut, mereka juga mendapat kemahiran kehidupan seperti bersosial, kooperasi dan saling menghormati, semuanya penting untuk kualiti hidup lebih baik," pesan Edwards.