DRB-HICOM Lancar Tiga Kenderaan Komersial TATA Baharu
DRB-HICOM Commercial Vehicles Sdn. Bhd. (DHCV) hari ini melancarkan Tata Super Ace dan siri kenderaan komersial Ultra di Kuala Lumpur, Malaysia. Kenderaan-kenderaan ini direka khusus bagi pelanggan kenderaan komersial moden, dengan prestasi yang hebat, kabin bertaraf dunia, kapasiti angkut muatan tinggi dan konfigurasi beban tubuh (body-load) yang fleksibel. Tata Motors merupakan pembuat kenderaan komersial yang terbesar di India, dan berada dalam kedudukan 10 pembuat kenderaan komersial terkemuka di dunia.
Tata Super Ace
Tata Super Ace merupakan trak mini 1 tan oleh Tata Motors, untuk penyelesaian pengangkutan antara bandar dan intrabandar. Diperkasakan secara optimum oleh enjin diesel 1405 cc, yang digabungkan dengan reka bentuk tubuh baharu dan teknologi canggih, Tata Super Ace menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memulakan perniagaan impian masing-masing dengan pelaburan yang sangat kecil. Tata Super Ace dibuat berdasarkan trak mini Tata Super Ace yang merupakan model popular keluaran Tata Motors. Dengan penjualan melebihi satu juta unit sejak kali pertama ia dilancarkan pada tahun 2005, Tata Super Ace merupakan sebuah produk revolusioner dan mencerminkan hasil pemahaman yang mendalam oleh Tata Motors terhadap pasaran dan pengguna. Tata Super Ace merupakan pilihan utama bagi pengangkutan batuan terakhir dengan impak ketara menjangkau 28 negara merentas Asia selatan, Afrika dan ASEAN. Tata Super Ace boleh disesuaikan untuk pelbagai operasi perniagaan berskala kecil, bagi pengangkutan item pembinaan, biji-bijian, buah-buahan, FMCG dan barangan putih atau boleh juga dikonfigurasikan menjadi trak makanan, trak aiskrim atau ruang penyimpanan mudah alih bergerak.
Siri kenderaan komersial Tata Ultra
Berdasarkan kombinasi parameter prestasi bertaraf dunia, dengan tahap ketahanan dan kebolehpercayaan platform Ultra yang dipertingkatkan, siri ini akan membolehkan Tata Motors menetapkan tanda aras baharu dalam arena kenderaan komersial Pertengahan (Intermediate) di Malaysia. Kombinasi keselesaan pemandu, kapasiti angkut muatan tinggi dan keselamatan, di samping kos kitaran hidup, menjadikan tawaran baharu oleh Tata Motors sesuatu yang amat versatil untuk pelbagai penggunaan.
Ultra 814 menawarkan tahap ketahanan dan kebolehpercayaan yang dipertingkatkan di platform Ultra. Ultra 814 diperkasakan oleh enjin NG 3.0 Lt CRDI generasi baharu bersama-sama transmisi generasi hadapan. Tersedia dalam Payload (beban bayar) 4.5T dengan pilihan tubuh paling tinggi 5.5M, Tata Ultra memberikan fleksibiliti sepenuhnya kepada pelanggan, untuk pelbagai keperluan perniagaan yang berbeza. Semua ciri ini menjadikan Ultra 814 aset yang boleh dipercayai dan penyelesaian yang paling cekap bagi keuntungan perniagaan yang optimum. Ultra 1014 menawarkan masa pusing ganti yang lebih pantas dan keuntungan yang dipertingkatkan bagi mana-mana perniagaan pengangkutan barangan, sekali gus menjadikannya jentera yang ideal bagi pengangkutan bahan-bahan merentas pelbagai jarak perjalanan. Driveline (rangkaian pemacu) Ultra 1014, dilengkapi enjin NG 3.0Lt terkini dengan output sebanyak 140 HP, iaitu generasi transmisi baharu dengan selongsong aluminium - 6 Kelajuan - G-550 kotak gear pacu lebih, dengan mekanisme kabel alih (cable-shift) dan teknologi gandar serta pengurangan berat, memastikan prestasi yang hebat dan kecekapan bahan api yang lebih tinggi bagi pelbagai beban bayar. Jarak roda yang lebih panjang sebanyak 4530 menjadikan Tata Ultra sesuai untuk pelbagai aplikasi perniagaan seperti FMCG, barangan putih dan lain-lain.
Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Operasi, Pengedaran Automotif, Pertahanan, Pembuatan & Kejuruteraan, DRB-HICOM berkata pada acara tersebut, “Pelancaran yang berlangsung pada hari ini merupakan suatu kemajuan penting dalam usaha kami untuk menguasai pasaran kenderaan komersial (CV) Malaysia yang semakin berkembang.
“Dengan produk-produk baharu yang diperkenalkan pada hari ini, yang tampil dengan harga yang kompetitif bersama ciri-ciri yang hebat, kami yakin bahawa pelancaran baharu ini akan memperoleh penerimaan yang memberangsangkan dalam kalangan pengguna sasaran kami dalam tempoh terdekat. Kepakaran DHVC yang tinggi dalam bidang mengimport, memasang dan mengedarkan kenderaan asing sudah jelas terbukti sejak tahun 1979.
Pengetahuan kami tentang pasaran tempatan ditambah pula dengan rangkaian wakil penjual yang mantap di seluruh negara telah memainkan peranan yang penting terhadap kejayaan kami setakat ini. Bersama rakan kongsi kami, Tata Motors, kami berasa yakin untuk mencetuskan impak yang ketara dalam kategori kenderaan komersial terpilih dan dengan itu meraih peningkatan dalam bahagian pasaran, yang merupakan pasaran kebitaraan yang amat kompetitif. Ekonomi bersedia untuk berkembang pada tahun ini dan ini memberikan petanda yang baik terhadap usaha niaga kami bersama Tata Motors.”
Harith menambah bahawa mereka amat yakin dengan penerimaan pasaran terhadap varian Ultra baharu dan secara khususnya, Tata Super Ace yang dijangka meraih populariti dalam kalangan pemilik perniagaan kecil di seluruh Malaysia.
Sementara itu, Rudrarup Maitra, Ketua Perniagaan Antarabangsa, Kenderaan komersial, Tata Motors berkata Malaysia merupakan pasaran utama bagi jenama tersebut di rantau ASEAN.
“Malaysia merupakan pasaran utama kami di Asia Tenggara dan kami gembira menjadi sebahagian daripada negara ASEAN yang paling pantas berkembang. Bahagian yang paling penting bagi kehadiran kami di sini ialah DRB-HICOM, yang merupakan rakan kongsi yang telah menunjukkan keterujaan dan kesungguhan yang mengagumkan sejak beberapa tahun yang lalu. Dengan kerjasama ini, kami benar-benar dapat mewujudkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan kami di Malaysia. Kami amat berbesar hati dapat melakar sejarah pertumbuhan dan memperluas portfolio kami di pasaran ini. Kami berasa teruja untuk memperkenalkan tiga kenderaan komersial baharu di Malaysia pada hari ini,” jelas Rudrarup.
DHCV dan Tata Motors menegaskan bahawa mereka akan terus meneroka potensi baharu, keutamaan pelanggan selain menjalankan kajian terhadap varian produk baharu untuk mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan mereka bagi tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang.
Pelanggan di Malaysia kini disokong oleh 24 rangkaian cawangan yang terletak di lokasi strategik dan di kawasan perbandaran utama di seluruh negara. DHVC menyasarkan pengembangan rangkaian ini sejajar dengan pertumbuhan jualan dan pasaran.