Published: 13 July 2018
Pusingan awal UD Extra Mile Challenge 2018 untuk mencari juara telah bermula!
Selepas mengumumkan pendaftaran UD Extra Mile Challenge (UDEMC) tahun ketiga yang dibuka bulan lalu, pencarian juara tempatan – pemandu paling efisien dan berkemahiran UD Quester di Malaysia yang mampu menyerlahkan nilai dan semangat jenama UD Trucks kini telah bermula!
UDEMC yang dianjurkan oleh UD Trucks dan pengedar tunggalnya di Malaysia, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE), merupakan satu pertandingan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pemandu melalui peningkatan kemahiran and pengetahuan mereka untuk memaksimumkan keupayaan trak tugas berat UD Quester.
Pemandu trak adalah golongan wira tidak didendang yang menyumbang kepada ekonomi dengan melintasi seluruh negara demi menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dengan bantuan logistik pintar menerusi ciri-ciri inovatif yang tersedia pada UD Quester, mereka kini boleh merancang dan menguruskan tugas secara lebih efektif. Ini pastinya dapat menjimatkan penggunaan bahan api, mengurangkan kos syarikat dan menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua.
UDEMC merupakan pertandingan yang pertama kali dianjurkan oleh jenama trak Jepun di Malaysia. Pemenang akan mewakili Malaysia di peringkat Akhir Global di Jepun pada hujung tahun ini.
“UD Extra Mile Challenge direka berdasarkan kepada janji jenama UD Trucks iaitu Going the Extra Mile, seperti yang terangkum oleh nilai syarikat, produk dan servis yang berkualiti. Kami sentiasa pergi lebih jauh dalam semua yang kami lakukan dan sentiasa mencari cara-cara untuk memberikan penyelesaian pengangkutan yang optimum kepada pelanggan – memberikan kebergantungan yang muktamad.
“Justeru, selain daripada membina dan menjual trak yang boleh bergantung oleh pelanggan, kami mengambil berat tentang bagaimana kami boleh terus memberi sokongan kepada mereka dalam aspek selepas jualan. Di sinilah UDEMC berfungsi kerana ia mengajar pemandu tentang penjimatan bahan api, teknik pemanduan dan tingkah laku yang betul dalam usaha meningkatkan kemahiran dan keyakinan mereka untuk menjalankan tugas dengan lebih cekap,” kata Pengarah Urusan Hub Malaysia UD Trucks, Filip Van den Heede.
Lebih 40 orang pemandu trak UD Quester dari seluruh negara telah menyertai pusingan awal pertandingan ini. Pusingan pertama daripada empat pusingan telah dijalankan pada 7 Julai di TCIE Batu Caves. Manakala tiga lagi pusingan pra-pemilihan akan diadakan di TCIE Johor Bahru, Johor pada 14 Julai, TCTS Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 21 Julai dan lokasi terkini yang ditambah ke dalam pertandingan ialah Edaran Setia Auto Sdn Bhd di Kuantan pada 28 Julai.
“Sebagai rakan UD Trucks di Malaysia sejak sekian lama, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd percaya bahawa UDEMC adalah platform terbaik untuk kami membuktikan komitmen kepada pelanggan. Malah, kami juga sentiasa mengutamakan aspek khidmat selepas jualan. UDEMC merupakan satu pertandingan yang direka untuk memberi banyak manfaat kepada pemandu trak dan pemilik trak UD Quester. Ini kerana pemandu yang dibimbing dan diajar cara-cara untuk memaksimumkan ciri-ciri inovatif yang sedia ada pada trak UD Quester. Sekali gus menjadikan mereka pemandu yang lebih baik dan cekap demi mencapai tempoh operasi trak yang paling tinggi dan mengurangkan kos operasi,” kata Ketua Pegawai Operasi, Tan Chong Industrial Equipment Sdn. Bhd., Jaclyn Loy.
“Berikutan maklum balas yang sangat memberangsangkan terhadap pertandingan ini tahun lalu, kami mengambil keputusan untuk menambah satu lagi lokasi baru untuk proses pra-pemilihan. Ini bagi membuatkannya lebih mudah diakses oleh pemandu UD Quester dari kawasan Pantai Timur,” tambahnya.
UDEMC ialah satu pertandingan tahunan di kalangan pemandu yang diadakan dalam beberapa peringkat – pra-pemilihan, peringkat akhir tempatan dan peringkat akhir global. Pemandu UD Quester yang penuh semangat ini akan diuji melalui beberapa elemen termasuklah pra-pemeriksaan, kecekapan penggunaan bahan api, keselamatan dan pemanduan.
Pada peringkat pra-pemilihan, para peserta akan diberi taklimat mengenai konsep pertandingan, peraturan, skor dan ditunjukkan cara-cara untuk mengekalkan tempoh operasi trak. Kemudian, peserta akan diuji di mana mereka akan dinilai dari segi pengetahuan dan kemahiran melalui ujian teori dan pra-pemeriksaan. Seramai 10 orang peserta yang mendapat markah tertinggi akan layak ke peringkat akhir UDEMC Malaysia pada Ogos 2018.
Pada pusingan akhir pertandingan, peserta akan dinilai berdasarkan kepada skor terbaik keseluruhan untuk Pemeriksaan Pra-Pemanduan Terbaik, Penggunaan Bahan Api Terbaik dan Kemahiran Memandu Terbaik. Pemenang dari setiap kategori ini akan menerima anugerah.
Perjalanan ke Jepun untuk mewakili Malaysia di peringkat Akhir Global UDEMC yang ditanggung sepenuhnya menanti pemenang. Bukan itu sahaja, juara akan membawa pulang baucar alat ganti Quester bernilai RM2,000 dan satu sesi latihan pemandu eksklusif yang akan diadakan di syarikat pemenang untuk kesemua pemandu yang lain. Setiap pemenang sub-kategori pula akan membawa pulang baucar alat ganti Quester bernilai RM500.