Mansang Logistic Menjadi Syarikat Pertama di Sarawak Menerima Trak Generation XT Serta Sokongan Kewangan dari Scania
Mansang Logistics Sdn Bhd telah memecahkan rekod dengan menjadi syarikat pertama dalam beberapa kategori setelah menerima Scania ‘New Truck Generation’ P250B4X2NZ XT jenis ‘rigid' bersama kontena penyejuk di cawangan baharu Jualan dan Servis Scania Malaysia, Kuching. Trak ini merupakan Scania ‘New Truck Generation’ yang pertama, XT yang pertama dan jenis ‘rigid’ yang pertama, di Sarawak.
Penyerahan kunci telah dilaksanakan oleh wakil Scania Asia Tenggara, Phang Yee Fong, ‘Regional Manager for East Coast & East Malaysia’, kepada Henry Tiong, Pengarah Mansang Logistics.
"Model trak ini sesuai untuk operasi dalam dan luar bandar serta telah terbukti untuk
penggunaan dalam pembinaan dan bermacam jenis keadaan," terang Yee Fong. "Trak
ini direka untuk perniagaan yang penting, iaitu pelanggan kami. Trak ini memiliki
tempat duduk pemandu yang ergonomik, kabin premium yang mudah diakses dan
enjin yang jimat minyak serta berkuasa tinggi.”
Scania ‘New Truck Generation’ XT dibina khas untuk ketahanan terhadap persekitaran yang mencabar, menjamin ‘uptime’ dan meningkatkan produktiviti, dengan bahagian dalaman serta luaran yang lebih kukuh dan teguh. Trak ini juga dilengkapi dengan bampar keluli, perisai pelindungan dan peranti penarik untuk mengatasi semua rintangan dengan ‘uptime’ yang maksimum.
Semua Scania ‘New Truck Generation’ direkabentuk dengan kepakaran dan kejuruteraan terbaik untuk memberikan pemilik trak kecekapan bahan api dan pengurangan pelepasan karbon dioksida kerana ianya dilengkapi dengan 'powertrain’ yang maju serta aerodinamik untuk memberikan ekonomi bahan bakar sebanyak 3%.
Kabinnya juga sangat istimewa. Mempunyai kerusi boleh laras rapat dengan pintu, papan pemuka ergonomik dan cermin depan diperluaskan untuk memudahkan
pemandu beroperasi dalam persekitaran yang selesa dan selamat.
Scania ‘New Truck Generation’ XT adalah lebih besar dan lebih andal. Ini akan dapat mengukuhkan kedudukan Mansang Logistics sebagai operator trak luar bandar yang
utama untuk menghantar barangan dan bekalan ke sekitar 140 lokasi yang sukar dijangkau termasuk Kapit, Belaga, Marudi dan Long Lama di Sarawak setiap hari.
"Ciri-ciri Scania ‘New Truck Generation’ XT telah banyak dipertingkatkan daripada generasi yang lama membuatkan trak ini lebih mesra pengguna, lebih selesa dan yang
paling penting memberikan penglihatan yang lebih jelas dari semua segi," komen Alex.
Mansang Logistics juga telah menandatangani kontrak ‘Inclusive Repair dan Maintenance’ (R&M) untuk memudahkan operasi mereka. Mansang Logistics juga mendapat faedah dengan kos yang diramal atas keseluruhan kitaran hidup Scania XT daripada penyelesaian pembiayaan fleksibel yang disediakan melalui Scania Credit Malaysia.