Scania Malaysia Meraikan Pelbagai Sejarah Penting Dalam 50 Tahun Pertamanya Dersedia untuk 50 Tahun Yang Beritkutnya
Scania, yang telah mencapai pelbagai kejayaan pertama di negara ini dan juga dalam industri kenderaan komersial berat, akan menyambut 50 Tahun Pertamanya di Malaysia pada tahun 2021.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan masa lalu, masa kini dan masa depan atas kepercayaan berterusan mereka terhadap Scania. Sesungguhnya, 50 tahun pertama ini banyak memberi inspirasi kepada kami manakala 50 tahun yang akan datang, dan selanjutnya, dijangka lebih menarik apabila kami terus memacu peralihan ke arah sistem pengangkutan yang lebih mampan,” kata Marie Sjödin Enström, Pengarah Urusan, Scania Southeast Asia.
Semuanya bermula pada tahun 1971 dengan ketibaan trak LB110 Scania pertama di Pelabuhan Klang yang dihantar ke Kontena Nasional. Sejak itu, Scania telah mengorak langkah dalam memacu peralihan ke arah sistem pengangkutan yang lebih mampan dan terus menyokong sektor logistik, pembinaan dan perkhidmatan awam dengan mengangkut orang ramai dan barangan setiap hari di seluruh negara.
Trak pertama yang dipasang dalam negara, dan bas bandar jenis ‘low-floor’ yang pertama telah dihantar pada tahun 1994. Kemudian pada tahun 2006, Scania menghantar trak siri PGR yang pertamanya. Trak ‘B-Double’ yang pertama tiba di Malaysia pada tahun 2012. Scania Credit Malaysia menyediakan servis kewangan yang pertama pada tahun 2013. ‘Scania Assistance’ memulakan bantuan tepi jalan 24 jam sehari yang pertama pada tahun 2014 manakala ‘Fleet Management System’ juga diperkenalkan buat
kali pertama pada tahun tersebut. Segala usaha Scania telah diiktiraf apabila ia merangkul Anugerah Pengangkutan Bandar Lestari (Sustainable Urban Transport Award) pada tahun 2017. Tahun 2018 pula menyaksikan pencapaian jumlah tertinggi dalam penjualan kenderaan, termeterainya perjanjian dengan pelanggan pertama Scania Ecolution, dan sekolah pertama diterajui oleh “Master Sustainability by Scania”. Ini diikuti dengan penghantaran ‘New Truck Generation’ iaitu pemenang anugerah ‘Trak
Antarabangsa Terbaik’ (International Truck of the Year) pertama pada tahun 2019, dan trak Scania XT ke Sarawak pada tahun 2020.
Kini, Scania Malaysia mempunyai lebih kurang 300 kakitangan dan menawarkan keupayaan dalam pembaikan dan penyelenggaraan, bantuan tepi jalan, alat ganti asli, ’Data-driven services’ seperti‘ Fleet Management System’, latihan dan bimbingan untuk pemandu dan juga servis kewangan daripada Scania Credit. Kesemua Dua-belas Pusat Jualan dan Servis Scania Malaysia di seluruh negara mampu memenuhi keperluan pengangkutan awam dan kargo negara.
Marie, yang akan meninggalkan legasi selama lima tahun setengah beliau sebagai tambahan kepada sejarah 50 tahun terakhir syarikat, akan menyerahkan tanggungjawab beliau kepada Pengarah Urusan Scania Southeast Asia yang berikutnya.
“Pengalaman saya selama lima tahun setengah di Malaysia dan Asia Tenggara amat memuaskan, terutamanya apabila dapat bekerja dengan kakitangan profesional berdedikasi yang selalu mengutamakan pelanggan kami. Saya bangga menjadi sebahagian daripada kejayaan jangka panjang Scania Malaysia,” kata Marie.
“Tempoh 50 tahun akan datang dan selanjutnya akan menjadi tumpuan utama Scania Malaysia dan kami tidak sabar untuk mempelopori banyak lagi kejayaan pertama dengan pelanggan setia kami. Saya meninggalkan Scania dengan keyakinan bahawa syarikat dan pelanggan berada di tangan yang baik. Terima kasih diucapkan kepada semua rakan sekerja, kakitangan, rakan kongsi, pelanggan, pemandu, penumpang dan peminat Scania. Saya doakan anda semua hidup sihat dan sejahtera untuk tahun-tahun akan datang!” kata Marie dengan senyuman perpisahan.