Acara Cabutan Bertuah Ulang Tahun FUSO Ke-60 Menyampaikan Keterujaan dan Inovasi
FUSO telah meraikan ulang tahunnya yang ke-60 dengan acara cabutan bertuah kemuncak terakhir pada 5 Mac 2024 di Menara Hap Seng 3. Acara tersebut telah mendapat sambutan dan penyertaan yang bersemangat daripada para peniaga dan pelanggan yang dihormati, dengan menekankan komitmen FUSO yang berkekalan dalam memupuk hubungan yang kukuh dalam komunitinya.
Acara kemuncak petang itu adalah pengumuman pemenang hadiah utama, Sam Global Marketing, yang telah memenangi Mercedes-Benz C200 yang bernilai sebanyak RM 293,000.00. Tambahan pula, sepuluh pemenang bertuah diberi baucar Bahagian dan Servis FUSO yang bernilai sebanyak RM 1,000 setiap satu, menambahkan lagi tahap keterujaan kepada acara tersebut.
Di samping penantian dan keterujaan cabutan bertuah itu, para hadirin telah diberi tontonan video eksklusif yang mempamerkan model FUSO yang akan bakal datang ke Malaysia. Pandangan awal model ini menunjukkan dedikasi FUSO terhadap inovasi dan penambahbaikan berterusan, dalam memastikan para pelanggan kekal di barisan hadapan teknologi dan reka bentuk terkini.
Encik Derrick Sim, Ketua Eksekutif Hap Seng Truck Distribution Sdn. Bhd., menyatakan kebanggaannya atas kejayaan acara tersebut dan mengulangi komitmen HSTD terhadap kelestarian dan amalan perniagaan yang progresif.
Beliau menegaskan, "Di HSTD, kami sentiasa berfikir selangkah ke hadapan untuk memastikan perniagaan rakan kongsi kami berkembang maju secara lestari, dari segi alam sekitar dan ekonomi. Tahun ini menandakan pengenalan TF Canter, trak ringan Euro 5 pertama di Malaysia, yang menekankan komitmen HSTD terhadap kelestarian dengan menawarkan penyelesaian teguh yang memajukan pengurangan emisi, kecekapan bahan api, keselamatan dan keselesaan tanpa menjejaskan prestasi. Inovasi ini bukan sahaja menggariskan dedikasi HSTD terhadap tanggungjawab alam sekitar tetapi juga memberikan manfaat jangka panjang yang penting kepada rakan kongsi, sejajar dengan amalan perniagaan yang berfikiran progresif.”
Mr Sim menambah “Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para peniaga dan pelanggan kami yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi dan memainkan peranan penting dalam pencapaian kejayaan penting ini. Perkongsian anda merupakan asas kejayaan kami dan memberi inspirasi kepada usaha berterusan kami untuk berinovasi dan mencapai kecemerlangan.”
Acara Cabutan Bertuah Ulang Tahun ke-60 FUSO bukan sahaja merupakan perayaan kecemerlangan selama enam dekad tetapi juga bukti komitmen FUSO yang teguh untuk memacu inovasi dan mencipta nilai untuk rakan kongsi dan pelanggannya.