PTM Accel Sdn Bhd Buka Pusat Isuzu 3s Baharu Dan Moden Di Puncak Alam, Selangor

Selangor, 21 Ogos 2025 – PTM Accel Sdn Bhd, rakan kongsi erat ISUZU Malaysia, hari ini merasmikan pembukaan Pusat 3S serba baharu dan moden di Taman Perindustrian Alam Jaya di Puncak Alam, Selangor sebagai langkah strategik untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan serta meluaskan jangkauan pasaran melalui daya tarikan segar dan peningkatan pengalaman.
Pusat 3S baharu ini dibina khas untuk menawarkan para pelanggan rangkaian kenderaan komersial Isuzu yang terkini termasuk trak tugas ringan, tugas sederhana, tugas berat dan penggerak utama (prime mover), serta pelbagai perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti tulen. Ia juga merupakan Pusat 3S terbaru PTM Accel yang menampilkan identiti korporat dan intipati jenama Isuzu yang baharu.
Pusat 3S tersebut mempunyai reka bentuk yang mempamerkan identiti jenama Isuzu yang berdaya cergas serta persekitaran yang kontemporari bermula dari bahagian depan bangunan hingga ke dalam kaunter penerimaan pelanggan dan ruang istirahat. Semua ini bertujuan untuk memberi para pelanggan suasana yang selesa, perkhidmatan berkualiti dan pengalaman baharu Isuzu.
Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi berkongsi:
“Pembukaan Pusat 3S baharu ini merupakan satu langkah penting yang menunjukkan komitmen bersama PTM Accel dan Isuzu dalam menyampaikan inovasi dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan kami. Ia terletak di lokasi yang strategik, moden dan dilengkapi, semuanya supaya pelanggan kami mempunyai akses mudah kepada rangkaian kenderaan komersial kami yang luas. Justeru juga, untuk mereka mendapatkan sokongan selepas pasaran dan pengoptimuman operasi perniagaan yang konsisten.
“Pusat 3S ini adalah lengkap dari segi kapasiti servis dan sokongan oleh pasukan juruteknik Isuzu kami yang mahir. Saya percaya ini adalah apa yang pelanggan kami harapkan daripada kami sebagai jenama trak terlaris di negara ini dan seperti biasa kami ingin meningkatkan lagi pengalaman pemilikan trak mereka dengan Isuzu.”
Sementara itu, Soo You Guan, Pengasas PTM Accel Sdn Bhd berkata:
“Kami berbangga untuk membuka Pusat 3S ini di Puncak Alam dan memberi perkhidmatan kepada komuniti perniagaan tempatan serta pengendali armada di kawasan ini. Pembangunan Pusat 3S baharu ini berasaskan motivasi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan. Ia direka dengan teliti dengan mengambil kira keselesaan pelanggan dan kecekapan operasi dan bertujuan untuk menyampaikan sokongan jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang luar biasa.
“Kami di PTM komited untuk memupuk perhubungan yang berkekalan dengan para pelanggan kami. Pasukan kami meluangkan masa untuk memahami operasi perniagaan dan keperluan pengangkutan setiap pelanggan untuk mengesyorkan penyelesaian trak yang paling sesuai dan berkesan.
“Selain penjualan dan servis kenderaan, kami juga berusaha kuat dalam menawarkan secara percuma taklimat pemandu dan latihan praktikal oleh pelatih bertauliah kami dalam sesi Isuzu Train-the-Trainer. Sesi tersebut bertujuan mendalamkan pengetahuan penting para pemandu tentang pengendalian dan penjagaan trak Isuzu mereka supaya dapat memastikan prestasi optimum dan jangka hayat kenderaan yang panjang.”
Menduduki ruang seluas 4046.86 meter persegi, Pusat 3S baharu ini merangkumi kawasan bengkel besar yang terdiri daripada 30 ruang servis tercanggih yang eksklusif untuk trak komersial serta inventori penuh alat ganti. Bengkel ini juga menyediakan laporan kesihatan yang komprehensif untuk semua segmen trak selepas diagnosis kenderaan, supaya pelanggan boleh membuat keputusan termaklum dengan lebih baik berkenaan armada mereka.
Tambahan lagi, beberapa ruang servis dikhaskan sebagai lorong servis pantas untuk kerja penyelenggaraan dan pembaikan yang kurang rumit. Ini dapat memastikan proses bengkel yang lebih lancar untuk kemudahan pelanggan dan masa operasi kenderaan yang lebih baik.
“Bagi pelanggan yang mencari pembelian baharu, saya gembira berkongsi bahawa terdapat pameran trak-trak di tingkat yang luas untuk mereka melihat sambil dihadiri oleh kakitangan jualan kami. Kami teruja untuk mengalu-alukan para pelanggan sedia ada dan baharu ke Pusat 3S ini untuk merasai dan memanfaat daripada perkhidmatan dan keupayaan kami sebagai peneraju pasaran,” tambah Soo.
Untuk butiran lanjut mengenai rangkaian kenderaan Isuzu, sila layari www.isuzu.net.my dan https://www.facebook.com/IsuzuTrucksMalaysia