Keluaran Terbaru Hino 300 Hibrid adalah pilihan koporat untuk trak yang mesra alam
Selama beberapa dekad, Hino Motors telah melakukan yang terbaik untuk membentangkan kepada pelanggan korporat tentang trak bertaraf dunia yang mempunyai rangkaian yang berbeza-beza, serta menawarkan penggunaan yang boleh dipercayai, kemudahan beroperasi dan ketahanan trak dimana ia adalah elemen penting untuk pemilik trak.
Selepas bertahun-tahun memberikan komitmen yang berterusan dan berdedikasi demi kerjayaan dalam bidang teknologi dan pembangunan yang stabil, keluaran terbaru trak Hino 300 Hibrid
kini merupakan pilihan sedia ada yang dapat memberikan kesedaran kepada pelanggan korporat tentang alam sekitar. Keluaran terbaru itu mencerminkan satu komitmen yang kuat untuk pertumbuhan yang stabil dalam pasaran Hong Kong dan mempamerkan visi Hino Motors dalam menetapkan satu tarat baru untuk pemanduan yang cekap dan keselesaan didalam semua kemunculan terbaru Hino 300 Hibrid.
Satu majlis pelancaran besar- besaran untuk keluaran terbaru Hino 300 Hibrid telah diadakan pada 15 Januari 2014 dibilik pameran Hino di Lai Chi Kok (Hong Kong SAR), dengan kehadiran Encik Yoshio Shimo, Pegawai Pengurus Jualan Luar Negara & Pemasaran, Hino Motors Ltd dan Encik Masahiro Kumasaka, Ketua Jurutera Hino 300 daripada Hino Motors Ltd, mereka diterbangkan dari Jepun untuk menghadiri majlis ini.
Majlis tersebut dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Encik Yoshio Shimo manakala Encik Masahiro Kumasaka membuat perbentangan produk. Susulan itu, Encik Patrick S Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Inchape Utara Asia dan China, bersama-sama dengan Encik Ernest Wong, Pengurus Besar Bahagian Kenderaan Awam Hino &, Crown Motors Ltd merasmikan kejayaan keluaran terbaru Hino 300 Hibrid.