Kejohanan Boling Kelab Pemandu Asian Trucker
Berikutan respon menggalakkan yang kami terima tahun lepas di kejohanan boling pertama kami, Kelab Pemandu Asian Trucker telah membuat keputusan untuk menganjur kejohanan kedua ini; walaupun di tempat berlainan, penyertaan kejohanan tersebut masih menggalakkan seperti tahun lepas. Pemandu trak sangat berminat dengan aktiviti sukan! Kelab Pemandu Asian Trucker akan menjadi pentas utama bagi pemandu trak tempatan untuk berkumpul, melakukan aktiviti dan sambutan menyeronokkan bersama-sama, sambal mendapat latihan yang bermanfaat.
Ketika kejohanan, Asian Trucker juga mendaftarkan pemandu-pemandu untuk latihan pemanduan atas talian yang dibawakan oleh NITTSU Transport Services (M) Sdn Bhd. Dalam usaha meningkatkan keselamatan trafik, NITTSU telah memutuskan untuk menaja lessen-lesen kepada platform yang akan menilai dan melatih pemandu untuk menjadi lebih berjaga-jaga. Kejohanan telah diadakan di pusat beli-belah Ole-Ole, Shah Alam. Enam kumpulan yang setiapnya terdiri daripada tiga pemandu menunjukkan bakat mereka dalam perlawanan untuk memenangi trofi istimewa daripada Kelab Pemandu Asian Trucker.
Selepas tiga pusingan, kumpulan-kumpulan dengan skor terendah disingkirkan dan para pemenang pula setelah itu diumumkan. Semua mereka menyambut hari yang seronok bersama-sama.
Tiga Tempat Teratas:
Ketiga: Afandy, Syahrizal, Noor Umor
Kedua: Zana Firdaus, Roslan, Shamsani
Pertama: Azizan, Faizal, Ana
Sebagai pemandu, anda tidak akan selalu dapat keluar dan meluangkan masa bersama sahabat handai, kerana anda selalunya akan berada di atas jalan menuju sesuatu tempat. Jadi, ini adalah peluang yang bagus untuk berkumpul dengan kawan-kawan dan mengambil tahu tentang kehidupan masing-masing,” kata Roslan, seorang pemandu trak dan ahli kelab kami.
“Aktiviti ini adalah terapi bagus setelah satu hari yang panjang di tempat kerja. Kami pemandu-pemandu trak memerlukan aktiviti seperti ini dari masa ke semasa dan saya amat seronok kerana telah menyertai Kelab Pemandu Asian Trucker,” kata Mohamad Noor, juga seorang pemandu trak. Kelab ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang teringin menyumbang kepada industry ini, bukan sahaja para pemandu trak dan lori.