Isuzu Melancarkan ELF Baru
Trak Isuzu ELF akan dikuasai oleh enjin terbaru commonrail Isuzu, menjadikan Isuzu Malaysia salah sebuah pembuat trak Jepun yang akan menggunakan enjin-enjin efisien ini secara eksklusif di Asia.
Dengan enjin-enjin baru ini, pengguna trak bukan hanya akan mendapat kuasa lebih dan prestasi tork, ia juga akan melaksanakan penjimatan bahan api sebanyak 7.5 peratus di enjin yang sudahpun mempunyai versi injeksi mechanical yang efisien berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Isuzu Malaysia. Turut serta dengan ini, model-model NPR 2017 akan mendapat manfaat daripada kotak gear 6 kelajuan yang akan menampilkan nisbah optimum untuk bersaing dengan karakter enjin yang berprestasi tersebut, memberikan trak kuasa yang lebih untuk mengangkut dengan penjimatan minyak yang berganda.
Isuzu ELF telahpun masyhur di Malaysia sebagai salah satu trak paling disukai, ia juga merupakan trak paling laku untuk tujuh tahun berturut-turut dengan jualan 5,548 trak Isuzu ELF pada tahun 2016 sahaja.
Bersama dengan kemaskini terkini dan beberapa tambahan ciri keselamatan, Isuzu Malaysia mengharapkan untuk mengekalkan dominasi segmen trak ringan dengan jualan 6,000 unit, memberikan syarikat tersebut kongsian pasaran sebanyak 40%.
Mempamirkan model 2017 terbaru tersebut kepada penjual, CEO Isuzu Malaysia Kenji Matsuoka berkata bahawa pembaikan kepada trak tersebut selari dengan komitmen syarikat kepada memberikan rakyat Malaysia satu pengalaman trak yang sempurna.
“Objektif kami adalah untuk menjadikan Malaysia tempat yang terbaik untuk memilik dan mengoperasikan kenderaan Isuzu kekal prioriti No. 1. Ini bermakna bahawa, melalui prinsip Kaizen, kami akan sentiasa menambahbaik dan mencipta, dalam kedua-dua produk serta operasi kami untuk mengekalkan kepuasan pelanggan,” kata Matsuoka.
Selain daripada enjin commonrail yang efisien, trak ELF Isuzu 2017 juga akan menggunakan tayar tidak bertiub. Tayar-tayar ini bukan hanya memberikan kapasiti lebih tinggi untuk mengangkut, ia juga menambahbaik halangan putaran serta menghasilkan haba yang kurang untuk melambatkan lagi jangka hayat serta merendahkan kos operasi. Pemandu juga akan mendapati tayar lebih konsisten cengkamannya dan dengan itu lebih baik pada pengendalian dan prestasi pemberhentian.
Melalui rekaan semula kepada sistem kemasukan udara, saiz penapis udara telah dikurangkan dan diangkat ke posisi yang lebih tinggi, membenarkan kenderaan tersebut untuk meluncur dengan lebih yakin melalui jalan banjir atau berpasir tanpa mengorbankan ruang kabin atau kargo ataupun mengurangkan penapisan atau kapasiti aliran udara.
Jurutera Isuzu juga telah berjaga-jaga tentang kebergantungan kita kepada tenaga. Mereka telah mengatasi isu ini dengan meningkatkan saiz alternator untuk memberikan aliran elektrik yang lebih tinggi kepada bateri. Alternator ini bukannya retrofit tetapi direka untuk sepadan dengan keperluan kenderaan oleh itu datang dengan jaminan pembuat yang original.
Dalam usaha untuk memastikan pelanggan menikmati kebaikan penggunaan kenderaan Isuzu, model Isuzu 6 roda akan terus ditampilkan dengan rangka paling luas dalam kelasnya. Pada 850mm, rekabentuk lebih luas itu membenarkan trak untuk dipasang dengan kargo yang lebih besar sambal mengekalkan kestabilan. Isuzu NQR juga mendapat axle depan yang membenarkan kapasiti berat sebanyak 3,300kg, suatu peningkatan daripada 3,100kg sebelumnya, membenarkan angkutan tersebar yang stabil pada roda depan.
Dengan mematuhi syarat keselamatan JPJ, trak Isuzu ELF baru akan datang dengan suis lampu depan yang boleh mengubah arahan lampu. Suis ini membenarkan pemandu untuk mengubah arahan lampu berdasarkan kepada situasi angkutan trak tersebut.
Ciri-ciri lain Isuzu ELF baru 2017 ini termasuklah lampu kabus belakang, lampu penanda atap (untuk model 6-roda dan ke atas), cermin convex baru luas dan pengehad laju yang dikawal secara elektronik. Dengan pelaksanaan ciri-ciri peraturan baru, Isuzu ELF 2017 akan tertakluk kepada lima peratus kenaikan harga untuk seluruh model.