Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 02 March 2017

MyLESEN GDL Inisiatif AMH

Untuk mengatasi masalah kekurangan pemandu trak di Malaysia, AMH (Association of Malaysia Hauliers) dengan kerjasama JPJ Malaysia, Institut Memandu Malaysia dan Jobs Malaysia telah melancarkan program bernama MyLESEN GDL (Goods Driving License) akhir tahun 2016 untuk mengisi kekosongan di dalam industry. Program tersebut, selain membantu proses mendapatkan lesen untuk pengangkutan barang dagangan, akan juga memastikan para graduannya mendapat kerja terjamin yang akan diberikan oleh persatuan AMH sendiri.


Pelancaran dan pendaftaran program telah bermula daripada tahun lepas pada bulan November, dan persatuan tersebut mensasarkan sekitar 1000 peserta yang akan datang daripada latar belakang pemandu sendiri atau hanya orang biasa yang mencari kerja, yang mungkin berminat dengan sektor kerja tersebut.


Apa it GDL? GDL adalah sejenis lesen yang diperlukan oleh seseorang untuk dibenarkan memandu kenderaan syarikat. Kenderaan syarikat boleh dikenali dengan melihat kenderaan yang terdapat nama dan alamat syarikat pada kedua-dua belah pintunya. Jadi, untuk dibenarkan kerajaan Malaysia untuk memandu jenis kenderaan ini, seseorang perlu mendapatkan lesen yang dipanggil lessen GDL.


Terdapat syarat yang mesti dipenuhi untuk mendapatkan lessen GDL.
i) Mesti mempunyai lesen D untuk kereta (pemegang lesen P yang masih dalam peringkat percubaan atau pemegang lesen L untuk pelajar tidak akan dapat memohon lesen GDL)
ii) Mereka yang ingin memohon mestilah berumur 21 dan ke atas.
iii) Mereka mesti lulus ujian kesihatan dan mesti memberikan bukti untuk ini.
iv) Mereka mestilah warganegara Malaysia atau penduduk tetap.


Terdapat syarat asas lain juga yang perlu dituruti seperti dokumen yang perlu dihantar untuk permohonan. Namun begitu, asalkan empat perkara di atas cukup lengkap, seseorang akan dapat memohon tanpa sebarang masalah. AsianTrucker baru-baru ini berjumpa dengan AMH untuk mendapatkan berita dalaman berkenaan perkembangan MyLESEN GDL, dan apa perkara terkini yang berlaku dengan program tersebut. Kami diberitahu bahawa terdapat empat pihak yang terlibat dalam usaha ini iaitu AMH, Institut Memandu Malaysia, JPJ dan juga Jobs Malaysia.


Buat masa sekarang, kami diberitahu wakil AMH bahawa mereka telah berjaya mengumpulkan sebanyak 180 orang bulan Disember lepas sebagai pemandu berpotensi. Dan dalam minggu-minggu ini, 40 orang lagi telah mendaftar secara terus dengan Institut Memandu Malaysia, jadi mereka mempunyai 220 orang calon buat masa sekarang, yang akan melalui proses temuduga dan pemilihan oleh jawatankuasa mereka. Fasa pemilihan ini akan berasaskan kriteria ini:
i) Pemandu mesti mempunyai lesen D dan dua tahun pengalaman.
ii) Tiada limitasi akademik.
iii) Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
iv) Mesti mempunyai rekod bersih daripada kemalangan.
v) Mesti berjaya lulus fasa pemilihan.


Program tersebut asalnya akan berakhir pada bulan April tahun ini, tetapi melihatkan keperluan mereka sekarang, AMH berkata mereka mungkin akan memanjangkan tarikh tersebut untuk merekrut lebih banyak calon. AsianTrucker juga diberitahu bahawa pada pertengahan Februari, mereka akan mengadakan program spesifik untuk kawasan Johor.


Kelebihan program tersebut adalah lesen E dan GDL akan diberikan kepada peserta pada harga diskaun. Harga diskaun ini ditawarkan oleh 10 Institut Memandu yang akan bekerjasama dengan organisasi program tersebut. Ini kerana AMH berusahasama dengan JPJ sendiri untuk merekrut lebih banyak pemandu untuk industry. Jadi, peserta akan mendapat lesen dengan hanya RM 1,650. Kadar biasa akan berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain, tetapi biasanya harganya adalah RM 2,000 hingga RM 3,000. Kelebihan kedua adalah mereka akan mendapat peluang tinggi untuk bekerja dengan mana-mana syarikat dalam persatuan AMH.


Ditanya mengapa pencari kerja patut melakukannya sekarang berbanding menangguhkan keputusan mereka, AMH berkata bahawa orang ramai patut sedar bahawa gaji yang ditawarkan adalah di antara RM 3,000 hingga RM 7,000. Jadi ini adalah peluang baik untuk mereka yang tidak bekerja untuk masuk ke dalam industri dan menyara kehidupan keluarga mereka.
AMH menambah bahawa terdapat banyak salah anggapan tentang kerja sebagai pemandu lori. Orang biasa akan membayangkan bahawa mereka perlu memandu lori dengan pintu kayu dalam keadaan tidak selesa, padahal, lori-lori AMH adalah kebanyakannya yang terkini, membawa jenama besar seperti Scania, Volvo, Mercedes Benz dan lain-lain. Mereka menerangkan lagi bahawa untuk sesebuah syarikat mendapatkan lesen sekarang, mereka perlu ada lori-lori terkini. Jadi sepatutnya orang ramai sedar bahawa pemandu lori boleh bekerja dalam keadaan yang sangat nyaman dan selesa.


Persatuan itu juga mengomentar bahawa terdapat banyak pemandu yang tua dan akan bersara dalam industri tersebut dan ini menyebabkan terdapat ruang vakum untuk pemandu. Inilah sebab mereka juga berminat menggajikan pemandu lebih muda. Mereka juga berfikir bahawa ini adalah peluang baik untuk generasi muda dalam pasaran kerja yang masih menganggur, dan semua faktor ini adalah sebab mengapa mereka merasakan bahawa mereka yang ingin menyertai program tersebut patut melakukannya sekarang. AsianTrucker juga diberitahu bahawa AMH tidak akan berhenti setakat ini sahaja, mereka juga akan mengatur untuk mengadakan program merekrut orang-orang teknikal dan kerana untuk industri tersebut pada masa akan datang.


Akhirnya, AMH berkata bahawa, sebaik sahaja program ini berjaya, mereka mengharapkan pemandu-pemandu baru ini akan dapat dilatih dengan lebih lanjut untuk menambahbaik imej industri ini. Mereka mensasarkan untuk pemandu-pemandu agar mempunyai penampilan yang professional yang akan membuatkan mereka bangga untuk bekerja sebagai pemandu lori, seperti pemandu-pemandu di Eropah dan lain-lain tempat.