Jaringan Bengkel Shell Rimula Express untuk Membantu Pemilik Bengkel Kenderaan Komersial Kembangkan Perniagaan
Shell Lubricants Malaysia dengan rasminya telah melancarkan jaringan bengkel Shell Rimula Express yang terdiri daripada bengkel kenderaan komersial berjenama di seluruh negara.
Pemilik bengkel kenderaan komersial yang terpilih akan berpeluang untuk bekerjasama dengan Shell, jenama pelincir yang terkemuka di dunia sepanjang 10 tahun yang lalu , apabila mereka menyertai jaringan Shell Rimula Express.
Menerusi jaringan ini, pemilik bengkel akan mendapat sokongan daripada Shell Lubricants Malaysia untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Antaranya termasuklah penjenamaan eksklusif yang meningkatkan keberadaan di pasaran dan keyakinan pelanggan, pakej pemasaran dan sokongan teknikal.
"Jaringan bengkel Shell Rimula Express merupakan kerjasama yang hebat yang dapat membantu melindungi masa depan bengkel-bengkel persendirian supaya mereka dapat kekal kompetitif, terus maju, dan dapat mengembangkan perniagaan mereka. Kini, menyediakan perkhidmatan seperti biasa tidak lagi mencukupi bagi bengkel-bengkel ini, terutamanya dengan keperluan pelanggan yang kian meningkat dalam persekitaran pasaran yang semakin mencabar. Tumpuan kebanyakan pemilik bengkel kini juga telah terarah kepada menjana pendapatan dengan lebih lagi menerusi penyediaan perkhidmatan mereka dan peningkatan hasil pendapatan secara mampan," kata Leslie Ng, Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura.
Melalui jaringan bengkel Shell Rimula Express, Shell Lubricants Malaysia dapat menawarkan barisan pelincir termaju yang komprehensif kepada pengguna dengan berkesan. Barisan produk ini dihasilkan khusus untuk melindungi komponen utama rangkaian pemacu (enjin, transmisi dan gandar, dan bearing) pada kenderaan komersial. Apabila digunakan bersama secara sinergi di seluruh rangkaian pemacu, pelincir ini dapat membantu pemilik mengurangkan kos operasi secara keseluruhan dengan menambahkan jarak masa di antara servis, mengelakkan kerosakan, dan memaksimumkan produktiviti.
"Kami sentiasa menggunakan produk Shell kerana prestasi, kebolehpercayaan dan nilainya yang terbukti. Kebimbangan utama kami adalah pelanggan yang tidak berpuas hati yang perlu datang semula secara berulang-ulang untuk kerja-kerja pembaikan. Nasib baiklah kami tidak pernah mengalaminya kerana menggunakan pelincir Shell," kata Encik Pang Boon Hee, pemilik bengkel Boon Hin Motor, di Negeri Sembilan.
En Pang yang mula bekerja sebagai mekanik sejak dia berumur 16 tahun lagi, telah menjalankan perniagaannya selama 40 tahun dan telah berjaya membina reputasi yang baik kerana menggunakan produk berkualiti.
Tidak terhad kepada portfolio produk pelincir yang kukuh, setiap bengkel Shell Rimula Express turut dilengkapi dengan kemahiran teknikal dan perkhidmatan inovatif yang pastinya akan meningkatkan keyakinan pelanggan dan menjana perniagaan berulang. Para pemilik bengkel serta pekerja mereka juga akan mempunyai akses kepada pelbagai program latihan dan menikmati insentif eksklusif yang diadakan khusus sebagai ganjaran kepada pemilik perniagaan yang gigih.
Sehingga kini, lebih 40 bengkel di serata Semenanjung Malaysia telah menyertai jaringan Shell Rimula Express. Shell Lubricants Malaysia menyasarkan untuk meluaskan jaringannya kepada lebih 100 buah bengkel Shell Rimula Express di seluruh Semenanjung Malaysia pada penghujung tahun 2017.
Untuk maklumat lanjut mengenai program bengkel Shell Rimula Express, sila hubungi Pengedar Shell Berdaftar yang berhampiran anda.