Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 14 April 2017

Masa Depan – Dibina oleh Shell

Masa Depan – Dibina oleh Shell
Ketika Shell Eco-Marathon mungkinnya komponen terpenting untuk acara tiga hari “Make the Future Singapore”, tetamu-tetamu juga dapat menerokai dan mengalami suatu dunia idea yang mencabar minda yang boleh merevolusikan cara kita berfikir tentang pengangkutan.


Tiba di tempat acara pada hari Khamis, 16 Mac, peserta mendapati beberapa aktiviti dijalankan di separuh utama dewan Changi Exhibition Centre. Jentera-jentera berbentuk inovatif bekerja keras pada ujian yang dijalankan untuk membuktikan bahawa setiap pasukan mempunyai formula kemenangan dalam pertandingan antarabangsa ini yang mencabar pelajar untuk menolak segala limitasi penjimatan tenaga.


Formula Kemenangan


Shell Eco-marathon Asia, diadakan pertama kali di Singapore, menyaksikan kehadiran 22,000 orang untuk acara di mana pelajar-pelajar mendapat rekod penjimatan minyak.
Dalam kategori Prototype, pemandu memasuki kenderaan-kenderaan rendah, dan berbaring untuk memandu di pusingan trek sepanjang 1.19 km yang menghadap Laut Cina Selatan. Dalam kategori UrbanConcept, kereta-kereta mempunyai reka bentuk lebih konvensional.


Pada keseluruhanny, 123 pasukan bertanding dari seluruh rantau Asia Pasifik. Pertandingan diakhiri dengan permulaan Drivers’ World Champions Asia – pertandingan khusus untuk menobatkan pemandu Asia yang paling menjimatkan tenaga dalam kategori UrbanConcept.


Universiti De La Salle (DLSU) daripada Filipina mengalahkan pasukan Asia Pasifik lain untuk mendapatkan gelaran tersebut. Mereka diikuti dua pasukan Indonesia: Bengawan Team 2 daripada Universiti Sebelas Maret , Surakarta, Jawa Tengah dan ITS Team 2 daripada Institut Teknologi Sepuluh Nopember di Surabaya, Jawa Timur.


Ketiga-tiga pasukan akan terbang ke London pada Mei untuk Drivers’ World Championship Pusingan Akhir di mana mereka akan bertanding dengan pasukan daripada Eropah dan Amerika.
“Saya hampir tidak percaya. Semua kami pun hampir tak percaya,” kata pemandu DLSU Carlo Miguel Flores, 19. “Ia satu pencapaian mengagumkan oleh semua kami dan kami bekerja keras untuk sampai ke sini.”


Pelajar daripada Universiti Canterbury – pasukan pertama daripada New Zealand – bertanding dengan kenderaan elektrik. Dalam pertandingan Prototype, pasukan Virgin daripada Kolej Teknikal Sakonnakhon di Thailand mengalahkan rekod 2016 dengan hasil 2,288 km per liter.


Pasukan Sadewa daripada Indonesia dan Pasukan LH-EST daripada Vietnam memenangi pertandingan UrbanConcept, meletakkan rekod baru pada kategori masing-masing.

Teknologi Baru sebagai Kunci


Diskusi panel didominasi oleh soalan bagaimana kita dapat menggunakan sumber dengan baik dan memberikan yang terbaik dengan tenaga yang kita ada. Menurut jurucakap Shell, segala kemungkinan akan berlaku dengan teknologi baru. Contohnya, pencetakan 3D membenarkan pembuatan bahagian tanpa perlu mengangkut dan memindahkan mereka ke tempat-tempat lain. Shell sendiri sangat berminat dengan metode seperti itu yang membenarkan syarikat menghasilkan alatan ganti di atas pelantar minyak contohnya, mengurangkan keperluan untuk menyimpan gantian stok atau memerlukan barang keperluan untuk sampai.


Apa yang Shell kenalpasti sebagai trend global adalah permintaan tenaga yang lebih, tetapi untuk tenaga yang bersih. Dengan kemunculan teknologi baru, seperti perhubungan internet menggunakan sistem asas di kawasan pedalaman, permintaan pengangkutan di kawasan luar bandar juga akan bertambah. Seperti mana orang ramai memerlukan keselesaan, idea “sekarang dan di sini” akan menjadi lebih digemari. Menurut Volvo Trucks Singapore, China mempunyai kepakaran hebat dalam perdangangan elektronik, tetapi memerlukan sistem rumit dan rangkaian jalan yang baik untuk dapat menghantar barangan kepada pelanggan di bandar-bandar tahap kedua dan ketiga dengan servis hantaran hari esok.


Di acara ini, Shell membawa bersama pakar-pakar daripada berlainan bidang berkenaan tenaga di forum Powering Progress Together yang pertama kali dianjurkan. Ditemakan “Cleaner Energy Moves Asia”, forum tersebut menyaksikan 100 pihak terlibat daripada kerajaan, bisnes dan NGO, bersama dengan rakan niaga Shell berserta ketua-ketua, berbincang, berdebat dan menggalakkan kerjasama daripada berlainan sempadan untuk menangani cabaran tenaga masa hadapan bagi rantau ini. Menurut Shell Scenarios, permintaan tenaga Asia mungkin meningkat sebanyak 40% di masa hadapan.


Pengendalian Armada


Diperkenalkan di acara tersebut merupakan Shell Fleet Management System. Pada langkah untuk menambah nilai, Shell telah melancarkan suatu sistem yang membenarkan pengendali armada trak untuk mengawasi, mengendali dan menambahbaik prestasi kenderaan mereka menggunakan satu platform. Di sini, Shell menawarkan bukan sahaja kebaikan Fleet card yang telah terbukti, namun juga bekerjasama dengan pelanggan dengan pengendalian tayar, latihan pemandu dan aspek-aspek lain dalam menjalankan armada kenderaan perdagangan. Sekarang, terdapat lebih kurang 7.3 juta trak di atas jalan ASEAN Economic Community menurut Shell.


Di Singapore, Shell mengendalikan kesemua aktiviti Upstream, Midstream dan Downstream. Negara pulai tersebut juga merumahkan pusat penapisan minyak Shell. Mengurus perniagaan tersebut adalah Kaushik Burman, Pengurus Bisnes Negara bagi Shell Singapura, yang melancarkan solusi Telematics bersama pelanggan perintis Redmart.

Solusi Mudah

Untuk mengurangkan penggunaan minyak, Shell telah bekerjasama dengan Gordon Murray Design untuk membangunkan kereta yang tidak hanya menangani keperluan masyarakat kota, tetapi juga mudah dengan sumbernya di samping selamat dan kukuh. Melepasi ujian penting, kereta konsep Shell tersebut, dipanggil “Project M”, dibangunkan menggunakan barangan menuruti piawai. Di sebalik membangunkan semula enjin dan drivetrain, tugasnya adalah untuk menambahbaik mereka lagi. Menggunakan piawaian Mitsubishi enjin tiga silinder dengan hanya 660 ccm, projek M (M untuk Mobiliti)

Fuelled


Mae Ascan adalah Saintis Minyak Shell yang berkhidmat di Kuala Lumpur, Malaysia. Menurutnya, tugas yang dia lakukan ialah mencipta dan mempromosikan minyak yang sesuai untuk setiap pasaran. Bekerja dalam hubungan yang rapat dengan 170 saintis minyak lain, dia mengumpul input dan maklum balas daripada pasaran dan pengurusan untuk memutuskan minyak yang bakal dicipta. Ini dilakukan dengan kerjasama jualan, pada masa yang sama menilai jika terdapat minyak Shell yang perlu diciptakan. Cabarannya adalah pada penciptaan produk yang boleh digunakan di beberapa negara, jika tidak antarabangsa. “Jelasny, kita tidak akan melabur pada penciptaan minyak jika tiada permintaan daripada pasaran,” kata beliau.Ascan berjaya melancarkan 15 jenis minyak. “Secara tipikal, cabarannya adalah untuk menjadikan pasaran memahami aspek teknikal, dan kebaikan produk baru.” Penilaian beliau adalah bahawa pusat jualan, yang Shell punyai sebanyak 44,000 serata dunia, memainkan peranan penting. Pada pandangannya, bahan api bio adalah masa depan untuk mobiliti.

Fries Fuel Freight


Kempen Shell Make The Future memfokuskan kepada keperluan kerjasama global untuk mencipta tenaga lebih bersih, dengan menolong membawakan inovasi daripada enam syarikat bijak tenaga menjadi kenyataan. Salah sebuah syarikat ini adalah MotionECO, sebuah syarikat yang mencari cara mengubah minyak masak kepada bahan api bio untuk pengangkutan awam dan logistik.


Shell sedang bekerjasama dengan MotionECO untuk menolong menerokai bagaimana menangani cabaran pembaziran makanan, pembaziran minyak masak serta bagaimana mengadakan pengangkutan mampan di rantau bandar Cina.


Sekitar 5 juta tan minyak masak yang boleh jadi berbahaya seringkali diguna semula dalam sistem pemakanan Cina – jualan haram yang menyebabkan risiko kesihatan. Dengan menghubungkan pengumpul minyak masak yang telah digunakan dengan pembuat bahan api bio, MotionECO ingin mengubah minyak masak menjadi bahan api bio yang akan mengurangkan gas rumah hijau daripada udara, jalan raya dan pengangkutan air sebanyak 85%. Sebahagian besar daripada peranan mereka ialah dengan menggalakkan syarikat pengangkutan besar untuk bertukar kepada bahan api yang mesra alam ini.

Trak dengan Hyperfuel


Di USA, Shell Lubricants dan Airflow Truck Company sedang membangunkan trailer untuk traktor hyper-fuel Class 8 baru. Generasi konsep trak ini, Starship, akan mempamerkan rekabentuk baru dengan tujuan memecahkan rekod prestasi penjimatan sekarang untuk trak Class 8 selepas debutnya pada 2017. Mengejar penjimatan minyak bagi trak Class 8 ini adalah proses mencabar dek kerana saiz dan rekabentuk tradisi trak dan trailer. Pendekatan menyeluruh amat penting. Ini termasuklah pembaharuan dalam ejin serta teknologi drive train, penggunaan pelincir rendah kelikatan, rekabentuk aerodinamik, serta cara panduan yang efisien serta banyak lagi.


Hubungan dengan Airflow Truck Company adalah sebahagian proses kerjasama yang dipupuk oleh Shell Lubricants yang menggalakkan kerjasama dalam kejuruteraan. Pasukan Shell Lubricants akan memberikan konsultasi teknikal berkenaan enjin dan komponen drivetrain dan cadangan untuk keperluan pelincir untuk kegunaan dalam trak StarShip, dengan tujuan menambahbaik penjimatan minyak serta prestasi lain.


AirFlow Truck Company telah membina dua tractor trailer Class 8 aerodinamik dan jimat minyak. Baru-baru ini, pada 2012, Bullet Truck berjalan dari tempat ke satu tempat dengan membawa barangan seberat 65,000 pound dan purata rekod 13.4 batu per gelen.


Untuk pengurus armada, populasi bandar yang membesar dan permintaan sistem pengangkutan yang meningkat akan menjadikan tekanan lebih besar untuk membanyakkan ujian kecekapan tenaga untuk trak. Kekal termaklum dengan pembangunan terkini akan memberikan peluang untuk mengendalikan inovasi baru untuk menggalakkan kecekapan dan produktiviti kenderaan serta pemandu.


Penjimatan Minyak


Satu kes kajian daripada Redmart sudahpun menunjukkan bagaimana efektifnya mengintegrasikan pengurusan data boleh menolong menambahbaik pengurusan armada. Dengan lebih 50,000 benda tersedia untuk tempahan dan 12,000 darinya adalah dalam bentuk stok pada apa jua masa, Redmart melihat kepada Shell Telematics untuk menyelaraskan operasi mereka.

Salah satu isu penting adalah penghantaran tepat setiap tempahan yang dibuat. Walaupun pemandu mungkin dalam kegesaan, pengurusan Redmart juga menekankan keselamatan. Oleh itu, amaran kelajuan adalah penting. Apabila ditanya tentang kenderaan berautonomi dalam hubungan ini, Jamil Khan, Naib Presiden Redmart mengakui bahawa tanpa manusia, bisnes ini tidak akan menjadi suatu kemungkinan. Langkah terakhir adalah untuk menghantar barang daripada van ke pintu klien. Tanpa pembawa terakhir ini, pelaksanaan tempahan tidak akan terjadi. Juga, pemandu Redmart dilatih untuk berbual dengan pelanggan apabila menyerahkan barangan. Kesopanan adalah suatu perkara yang akan terus mendapat tempat dalam industry pengangkutan untuk jangka masa yang panjang.