Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 06 February 2017

Keletihan – Suatu Kesedaran yang Harus Dipupuk

Kita sudah tentu akan terasa letih sekali sekala. Perkara yang paling teruk yang boleh berlaku kepada anda mungkinnya adalah perasaan malu ketika anda ditemui tertidur dalam pejabat. Tetapi apabila kerja anda adalah memindahkan beberapa tan bahan kimia di dalam trak anda, segalanya sudah pasti berbeza.


Keletihan adalah perasaan lesu yang amat berbeza daripada kelemahan, dan ia mempunyai tahap perkembangan. Berbeza dengan perasaan lemah, keletihan boleh diatasi dengan rehat yang cukup. Terdapat faktor mental atau fizikal kepada keletihan. Oleh kerana kita bukan sahaja bertanggungjawab menghantar barang yang dibawa trak kita, tetapi juga ke atas keselamatan pemandu dan orang lain di sekeliling trak kita, kita perlu melihat kepada apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi simptom berbahaya ini. Menurut kumpulan kajian kemalangan dalam salah satu pembina trak, keletihan adalah antara sebab utama kepada kemalangan. Mempunyai SOP (Standard Operating Procedures) adalah langkah penting untuk mengatasi keletihan. SOP ini akan menyediakan ruang dan masa yang cukup untuk rehat, pemeriksaan berkala dan perancangan yang betul untuk setiap perjalanan.


Semua orang yang pernah makan angin bersama rakan-rakan atau keluarga atau hanya membawa keluarga berjalan-jalan di pantai akan melakukan ini: merancang perjalanan. Seseorang itu akan memulakan perancangan daripada belakang ke depan bagi menentukan bila masanya untuk tiba. Daripada situ, kita akan mengira masa perjalanan termasuklah hentian untuk makanan, tandas serta berjalan-jalan. Tambahkan dengan breakfast dan menunggu semua orang masuk ke dalam kereta juga menentukan masa semua orang patut bangun dari tidur. Tambahkan beberapa jam dari situ pula akan memberikan anda kira-kira supaya anda dapat tidur yang secukupnya. Jika anda adalah pemandu pengangkutan perdagangan, anda akan melakukan perkara yang sama untuk setiap hari, tetapi anda mengira perkara lain iaitu masa memunggah barang masuk dan keluar, dan berurusan dengan kakitangan di tempat berhenti, ke dalam masa bekerja anda. Jika tidak terdapat masa yang cukup untuk tidur, samaada di rumah, dalam trak atau di dalam fasiliti yang disediakan, tidak cukup masa untuk mengambil makanan atau untuk meregangkan otot sedikit, maka di situ, trak itu hanyalah menunggu masa bagi suatu kemalangan untuk berlaku. Pemandu yang keletihan mungkinnya akan tertidur ketika pemanduan bila-bila masa sahaja.


Hasil daripada kajian kumpulan yang disebutkan tadi, trak-trak sekarang dilengkapkan dengan ruang yang luas bagi membenarkan pemandu berehat apabila mereka perlukannya, tetapi mereka tidak menggalakkan pemandu untuk berhenti di tepi jalan kerana ia mungkinnya menganggu pengguna jalanraya lain. Di sini, para pemandu mungkin menemui diri mereka berada di dalam keadaan yang sukar. Dalam kaji selidik Asian Trucker, pemandu berulang kali mengomentar tentang kekurangan ruang di hentian rehat. Sekarang apa yang mereka patut lakukan: terus memandu atau merisikokan saman kerana memarkir di laluan kecemasan di laluan keluar di hentian rehat? Jarak antara hentian tidaklah terlalu jauh, jadi senang bagi pemandu untuk merancang perhentian mereka. Isunya lebih kepada saiz ruang, berbanding dengan jumlahnya.


Untuk perjalanan jauh, adalah dinasihatkan kepada pemandu untuk mempunyai pembantu kerana apabila mereka keletihan, pembantu mereka boleh mengambil alih tugas tersebut. Tetapi, sudah tentu perkara ini akan mengenakan kos kepada syarikat. Ketika seorang pemandu sedang bekerja dengan 'produktif', seorang lagi tidak pun melakukan sesuatu. Atau sebenarnya dia sedang melakukan sesuatu? Lagipun, dia sedang bersedia untuk shif seterusnya. Bagi manusia, setiap perkara tidak dapat dijangka kerana urusan peribadi, impak alam sekeliling dan faktor lain, semuanya akan menyumbang kepada prestasi kita. Boleh jadi suatu hari kita mempunyai tenaga berdansa sepanjang malam dan hari seterusnya kita akan terus bersedia untuk tidur selepas hanya berjalan-jalan di taman.


Teknologi ergonomi telah berkembang pesat dan trak sekarang direka untuk mengurangkan keletihan. Posisi duduk, susunan butang, swis, pengurangan bunyi dan aspek-aspek lain mengurangkan stress kepada pemandu. Namun, apabila melihatkan trak-trak lama di atas jalan, seseorang mungkin tertanga bagaimana pemandu-pemandu ini boleh bertahan di dalam kondisi tersebut. Boleh jadi para pemandu tidak mempunyai pilihan lain dan meluahkan perasaan mereka mungkin boleh menyebabkan mereka kehilangan sumber pencarian, sesuatu yang lebih teruk daripada memandu trak yang begitu tua. Jadi seperti kebanyakan benda juga, teknologi itu mungkin ada, tetapi tidak semestinya dapat digunakan oleh semua orang.
Makanan yang bagus dan cara hidup sihat juga boleh mengurangkan keletihan. Berapa banyak hentian rehat di luar sana yang memberikan pilihan makanan yang organik dan taman bersenam? Mendapatkan makanan yang segar dan sihat untuk tempat rehat adalah satu lagi isu yang patut dicanangkan. Pemandu trak selalunya dibayar upah berdasarkan jumlah perjalanan, oleh itu mereka semestinya mahu melakukan sebanyak mana perjalanan yang mungkin, walaupun dengan risiko tertidur di dalam perjalanan. Keseimbangan di sini adalah bagaimana mendapatkan wang yang cukup untuk menyara keluarga dan tidak merisikokan hidup anda dan orang lain dalam proses tersebut.


Ini meletakkan suatu soalan di hadapan, iaitu siapa yang patut bertanggungjawab terhadap kesejahteraaan hidup para pemandu trak? Di beberapa bengkel, kita boleh mendapati ruang rehat untuk pemandu. Tetapi bagaimana dengan pekerja pejabat? Bila kali terakhir anda mendapati terdapat ruang tidur disediakan untuk anda apabila anda memandu lima jam untuk suatu mesyuarat? Jadi, jika trak dihantar ke suatu tempat yang jauh untuk servis contohnya, bukankah patut pemandu juga diberikan elaun hotel? Kita semua mengetahui analogy yang menggambarkan kanak-kanak yang meletakkan tangan di atas dapur panas. Sekali mereka terkena, sudah pasti tidak akan dibuat lagi. Seperti dengan banyak perkara, mentaliti kebiasannya adalah bahawa keletihan merupakan satu perkara yang boleh dikawal, dan ia tidak akan memberikan kesan kepada saya. Sehinggalah ia benar-benar terjadi kepada mereka, dan dengan kesan yang membinasakan.

Teknologi moden mungkin boleh menolong mengurangkan impak keletihan. Terdapat beberapa sistem yang boleh dipakai. Malahan, kereta moden sekarang dilengkapi dengan sistem amaran untuk menunjukkan anda signal segelas kopi apabila enjin telah berjalan dengan sebegitu lama. Walaupun ini senang untuk dilaksanakan, tetapi senang juga untuk diendahkan kelipan signal tersebut. Aplikasi lebih canggih, seperti Drowsy Driver Alert, di mana tahap keterjagaan pemandu diukur melalui kamera yang ditujukan kepada mata mereka dan sistem akan memberikan amaran kepada pemandu untuk mengambil sedikit masa rehat. Sistem ini direka secara spesifik untuk mengesan keletihan telah dibuktikan keberkesanannya. Dalam ujian lapangan, hasil menunjukkan bahawa keletihan per jam pemanduan sangat rendah apabila diberikan amaran (2.97 per 1000 jam pergerakan) berbanding dengan tempoh asas (43.65 per 1000 waktu pergerakan), diterjemahkan kepada 93.2% pengurangan keletihan dalam waktu amaran diberikan. Kerana sistem ini juga agak mahal, perlaksanaannya mungkin tidak akan berlaku dengan cepat. Satu cara untuk menyampaikan usaha ini adalah melalui simulator atau goggle yang meniru keadaan mengantuk (latihan ini seronok apabila anda bukannya sedang memandu 40 ton peluru di atas jalan raya contohnya, tetapi kesannya akan memberikan impak dengan segera). Melaksanakan peralatan ini mungkin akan memberikan kesan kos yang lebih tinggi untuk pengangkuran barang dagangan. Seperti biasa, kita perlu bertanyakan kepada para pengguna di pasaraya jika mereka bersedia untuk membayar lebih untuk keselematan yang lebih rapi di atas jalanraya.


Keletihan sebagai isu kesihatan, adalah dengan terangnya tidak senang diatasi dan dengan segala faktor diambil kira; ia tidak akan pergi begitu sahaja dengan kita mengendahkan masalah ini. Walaupun semua peserta dalam pengangkutan barang dagangan di atas jalan mempunyai peranan untuk mengurangkan keletihan, ia patut menjadi tugas utama oleh pengurus armada trak dan pemandu untuk merancang perjalanan dalam rangka yang akan mengurangkan keletihan dan stress. Apa yang mampu membantu juga adalah sistem yang membenarkan pemandu untuk melangkau perjalanan untuk berehat sepenuhnya tanpa begitu banyak kerugian duit.