Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 16 February 2017

Brianza Plastica Menggandakan Pengeluaran Lapisan Fibreglass

Brianza Plastica adalah pengeluar utama lapisan fibreglass di Eropah, melaksanakan kedua-dua teknologi panas berterusan dan sejuk tidak berterusan dan menawarkan pelapisan (lamination) dengan berbagai kualiti, daripada produk berpiawai untuk industri pembinaan dan peladangan kepada barangan berkualiti tinggi untuk rekreasi, pengangkutan barang sejuk dan kenderaan awam.


Brianza Plastica dibangunkan pada 1962 untuk menghasilkan lapisan fibreglass. Selepas beberapa lama, ia telah mengembangkan pasarannya dengan pesat dengan produk-produk menyeluruh. Ia telah berkhidmat kepada industri pembinaan dan telah menikmati kejayaan berganda dalam sektor pengangkutan sejak tahun 2006. Dalam arena ini, ia membekalkan helaian fibreglass kepada kedua-dua pengeluar kenderaan rekreasi (karavan) dan pembuat lori dan treler penyejuk.


Ibu pejabatnya berada di Carate Brianza; dua tapak pengeluaran terletak di Ferrandina dan Ostellato, dan dua lagi di San Martino di Venezze (Rovigo), Itali. Pusat jualan dan pengedaran terletak di Nola (Itali), Lyon (Perancis) dan Elkhart (AS). Pasaran yang semakin berkembang untuk kenderaan rekresi dan van penyejuk mendorong Brianza Plastica membuka pusat pengedaran pada tahun 2014 di Elkhart, Indiana, dan pada tahun 2016 di Rovigo untul Elycold kepingan lapisan rata tidak berterusan dan satu barisan pengeluaran untuk lapisan Elyplan di Carate Brianza. Pelaburan ini telah mendorong Brianza Plastica untuk menambah kemampuan pengeluarannya lebih 40% dan menyediakan syarikat itu untuk mengendalikan kehendak pasaran di masa hadapan. Dengan mengembangkan kemampuan pengeluarannya, Brianza Plastica mampu memuaskan kehendak pasaran dengan efektif, dan dengan fleksibiti yang hebat.