Kumpulan Sin Hock Soon Melaksanakan Modenisasi, Membawa Era Baharu Logistik Lelalui Perkongsian Mampan Dengan Scania
Kumpulan Syarikat Sin Hock Soon (Kumpulan Sin Hock Soon) melalui anak syarikatnya Benua Haulage Sdn Bhd (Benua Haulage), melaksanakan modenisasi untuk memulakan era baharu logistik melalui perkongsian mampan dengan Scania. Perkongsian ini merangkumi penyelesaian pengangkutan komprehensif yang terdiri daripada Scania New Truck Generation (NTG); dibiayai oleh Scania Credit, dilindungi oleh Scania Repair & Maintenance Agreement (IPR&M), dan dipantau oleh sistem Scania Fleet Management Control. Kumpulan Sin Hock Soon juga akan memastikan kedudukannya sebagai 'A Good Company' dengan mengendalikan unit-unit ini berdasarkan kepada cara kerja Scania Ecolution yang terbaik. Perkongsian ini juga meliputi perjanjian untuk mendapatkan bekalan alat ganti tulen Scania dalam perkhidmatan flit Scania sedia ada, yang telah beroperasi di Kumpulan Sin Hock Soon. Majlis menandatangani MoU telah diadakan untuk menambah pesanan 30 buah lagi NTG kepada pesanan sedia ada sebanyak 33 buah. Majlis menandatangani perjanjian lain untuk IPR&M, Ecolution dan Parts Services juga menyaksikan Heba El Tarifi, Pengarah Urusan, Scania Asia Tenggara menyerahkan kunci kumpulan pertama penghantaran kepada Shawn Yew Ee Sheng, Pengurus Besar/Pengarah, Kumpulan Sin Hock Soon. Menyaksikan majlis itu ialah Tony Yew Poh Aik, Pengarah, Kumpulan Sin Hock Soon, dan Pasukan Pengurusan Scania.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Sin Hock Soon kerana berada di barisan hadapan dalam memacu peralihan ke arah sistem pengangkutan yang mampan. Penekanan mereka terhadap keselamatan, masa beroperasi dan perkhidmatan berkualiti sesuai dengan syarikat yang benar-benar moden, jenama yang benar-benar premium. Melanggan pendekatan Scania Total Solutions akan terus membantu membawa keuntungan dan kemampanan yang lebih besar kepada perniagaan mereka dan pelanggan mereka,” kata Heba.
Sebanyak 33 buah NTG yang ditempah terdiri daripada 21 unit G410A6x2NZ, 4 unit G460A6x2NZ dan 8 unit G410A6x2NZ (dengan ruang pemandu CG17). Semua NTG didatangkan dengan Advanced Driver Assistance System standard (ADAS) yang menampilkan Anti-Lock Brake System (ABS), Electronic Braking System (EBS). Pelaksanaan ADAS di NTG ini bersama-sama dengan penyelenggaraan berkala yang betul dan dibenarkan mengurangkan kemalangan jalan raya dan kemalangan jiwa, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pembaikan seterusnya infrastruktur jalan yang disebabkan oleh kemalangan.
Semua NTG yang berada pada IPR&M (8 unit) dan Inclusive Maintenance (4 unit) dijamin prosedur penyelenggaraan Scania yang proaktif untuk mengelakkan kerosakan yang memakan masa dan mahal daripada berlaku untuk memaksimumkan masa operasi sambil mengurangkan kos operasi Kumpulan Sin Hock Soon.
Perjanjian Perkhidmatan Kewangan Scania yang meliputi unit-unit ini juga menawarkan penyelesaian pembiayaan yang fleksibel oleh Scania Credit Malaysia yang menyediakan kos yang boleh diramal sepanjang keseluruhan kitaran hayat NTG.
Selaras dengan inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi) untuk memenuhi sasaran pengurangan jejak karbon yang telah komited oleh Scania, Kumpulan Sin Hock Soon menyertai perjanjian perkongsian Scania Ecolution sebagai peluang untuk meningkatkan penjimatan bahan api sambil menjaga alam sekitar. Ini dilakukan melalui penjejakan dan peningkatan prestasi pemandu Ecolution melalui Scania Fleet Management System Control 10 yang disertakan dengan pakej R&M. Kumpulan Sin Hock Soon akan secara progresif dan sistematik mengurangkan jejak karbon mereka.
Semua NTG Kumpulan Sin Hock Soon juga telah ditetapkan dengan prapilihan mod Ekonomi. Ini bagi memastikan Kumpulan Sin Hock Soon menikmati penjimatan bahan api terbaik dan pengurangan pelepasan CO2, selaras dengan inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi). Kumpulan Sin Hock Soon memulakan operasi perniagaan pada 1990-andengan trak pertamanya yang membawa kargo di Semenanjung Malaysia dan berkembang menjadi konglomerat seperti sekarang. Benua Haulage telah ditubuhkan pada tahun 2000 untuk memberi tumpuan khusus bagi menguasai pasaran pengangkutan. Melalui kekuatan dan pengetahuan bertahun-tahun dalam bidang logistik trak dan pengangkutan, Kumpulan Sin Hock Soon mampu mencipta dan menyampaikan penyelesaian komprehensif kepada rantaian bekalan pelanggannya melalui pembelajaran berterusan, penambahbaikan dan inovasi untuk memenuhi keperluan pelanggannya yang berubah-ubah. Perkhidmatan teras Kumpulan Sin Hock Soon termasuk pengangkutan kargo dan kapal tangki, pengangkutan kontena, pergudangan dan pengedaran, pembrokeran kastam, penghantaran barang, kejuruteraan dan pemajakan & sokongan.
Kumpulan Sin Hock Soon memulakan operasi perniagaan pada 1990-an dengan trak pertamanya yang membawa kargo di Semenanjung Malaysia dan berkembang menjadi konglomerat seperti sekarang. Benua Haulage telah ditubuhkan pada tahun 2000 untuk memberi tumpuan khusus bagi menguasai pasaran pengangkutan. Melalui kekuatan dan pengetahuan bertahun-tahun dalam bidang logistik trak dan pengangkutan, Kumpulan Sin Hock Soon mampu mencipta dan menyampaikan penyelesaian komprehensif
kepada rantaian bekalan pelanggannya melalui pembelajaran berterusan, penambahbaikan dan inovasi untuk memenuhi keperluan pelanggannya yang berubah-ubah. Perkhidmatan teras Kumpulan Sin Hock Soon termasuk pengangkutan kargo dan kapal tangki, pengangkutan kontena, pergudangan dan pengedaran, pembrokeran kastam, penghantaran barang, kejuruteraan dan pemajakan & sokongan.