Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 08 June 2022

Pertandingan UD Trucks Extra Mile Challenge untuk Mencari Juara Malaysia kini Bermula

UD Trucks serta pengedar tunggalnya di Malaysia, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE) menganjurkan UD Trucks Extra Mile Challenge (UDEMC) tahunan untuk kali kelima.

Cabaran UDEMC kembali dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengiktiraf pemandu trak yang berkebolehan dalam mewujudkan logistik pintar di dunia trak hari ini. Ia adalah pertandingan yang mesra, pendidikan dan motivasi dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan pemandu trak melalui latihan, ujian teori dan amali. Semua pemandu yang mengambil bahagian akan melalui program latihan komprehensif pemandu UD Trucks yang merupakan sebahagian dalam struktur pertandingan ini.

Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh syarikat logistic kini ialah kekurangan pemandu trak mahir. Melalui persaingan ini, syarikat logistik boleh manarik dan mengekalkan pemandu yang baik dan meningkatkan kecekapan setiap pemandu dari segi penjimatan bahan api, mengurangkan kos operasi, menghormati trak dan kargo mereka dan memastikan keselamatan kepada semua pengguna jalan raya.

Struktur pertandingan ini dicipta untuk mensimulasikan kitaran pengangkutan umum yang mengambarkan operasi harian melalui tiga kategori; pemeriksaan keadaan trak sebelum memandu, kecekapan penggunaan bahan api serta keselamatan pemanduan, dan kemahiran mengendalikan dan meletak trak. Kesemua ini adalah berkait rapat dengan kemahiran pemandu trak dan realiti perniagaan harian.

“UDEMC bermula sejak tahun 2016 dan ia merupakan pertandingan pemandu pertama seumpamanya yang dianjurkan oleh trak jenama Jepun di pasaran ini. Ia diwujudkan atas permintaan tempatan yang semakin meningkat untuk logistik pintar dengan memberi tumpuan kepada pemandu trak kami,” kata Steve Hedouin, Pengarah Urusan UD Trucks Malaysia.

“Pemandu trak memainkan peranan yang penting dalam keseluruhan proses logistik pintar. Mereka merupakan wira yang sering diabaikan dalam ekonomi, memindahkan kargo setiap hari tak kira hujan atau panas terik. Mengambil bahagian dalam pertandingan ini membolehkan mereka melihat impak positif serta menyemai rasa bangga dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemandu logistik pintar yang cemerlang. Inilah yang diperlukan oleh industri untuk perkembangan masa depan,” kata Say Teck Ming, Pengarah Eksekutif TCIE.

Penyertaan UDEMC adalah terbuka kepada semua pemandu trak Quester di Malaysia yang berkhidmat dengan pelanggan UD Trucks kerana mereka akan diuji menggunakan trak muatan berat UD Quester. Pertandingan ini diadakan secara berperingkat yang merangkumi pra-pemilihan di mana 10 finalis dengan markah terbaik akan layak ke pusingan akhir di TCIE Ipoh. Pemenang berpeluang mewakili Malaysia ke Jepun dimana kos perjalanannya akan ditanggung penuh untuk bertanding dengan pemandu trak serata dunia di peringkat global pada Oktober 2022. Peserta digalakkan untuk mendaftar di https://forms.gle/ykcEfRymErW1aiRm6 sebelum 15 Jun 2022.