Tan Chong Industrial Equipment Menyerah UD Truck Kepada Duromac
Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE), pengedar tunggal UD Trucks menyerahkan Quester dengan pemuat vakum bernilai RM2.4 juta kepada Duromachari ini. Quester merupakan trak tugasberat yang menggabungkan kecekapan bahan api kelas pertama denganketahananyang direka untuk memenuhi permintaan setiap pelanggan.
Quester mewakili evolusi penyelesaian pintar terhadap cabaran pengangkutan masa kini.Gabungan teknologi global dan ketukangan Jepun menberikan Quester fleksibiliti untuk disesuaikan dengan pelbagai aplikasi dan kemudahan pemasangan struktur.Oleh itu, ia merupakanpilihan yang tepatuntuk Duromac.
Majlis penyerahan inidiadakan di ibu pejabatDuromac, Puchong dan dihadirioleh pengurus kanan Duromac, UD Trucks dan TCIE. Kedua-dua TCIE dan Duromac telah bekerja rapatdalam projek ini selama hampir 1 tahun untuk menghasilkan trak DISAB Vacloader tugas berat yang pertama di Asia Tenggara.“Kami berbesar hati diberi peluang untuk bekerjasama dengan Duromac dalam memperkenalkan trak Vacloader tugasberat yang pertama di Asia Tenggara.
Kepercayaan mereka terhadap TCIE membolehkan kami berusaha lebih keras dan yakin untuk menerimacabaran terhadap projek ini sejak tahun lepas.Kami berterima kasih kepada Duromac atas keyakinan dan sokongan mereka terhadap TCIE selama 26 tahun ini,” kata Say Teck Ming, Pengarah EksekutifTCIE.
DISABCenturion LN20 direka khas untuk kegunaan perindustrian yang sesuai untuk meyedut, membuang dan mengangkut bahan pepejal atau cecair dan ia dipasang dengan sempurna padaQuester CGE84R11MS. Sedutanyangkuat dari DISABCenturion LN20 menjadikannya sesuai untuk kegunaan industri seperti simen, kapur, bahan kimia, plastik, faundri, kerja keluli, kuari, pulpa & kertas, limbungan kapal dan tenaga.
DISABCenturion LN20 dilengkapi dengan enjin diesel berasingan yang membolehkan Vacloader beroperasi secara berasingan daritrak. Reka bentuk tangki bulatnya sesuai untuk mengendalikan bahan basah, kering, minyak, batu dan banyak lagi selain daripada menawarkan cirisedutan dan tiupan yang sangat baik. Selain daripada itu, ia juga fleksibeluntuk aplikasi yang berbeza dengan berbilang alat tambahan.Terdapatdua pilihan tangki iaitu10m3atau12m3siap denganhos robotik sepanjang 15 meter yang boleh dikendalikan olehalat kawalan jauh untuk pengalaman yang ergonomic dan optimum untuk para pengendali.
“Trak inibolehdigunakan untuk membersihkan tumpahan atau tangki kosong dalam pelbagaiperindustrian. Ia boleh menyedut cecair, campurancecair atau bahan kering secara vakum pada tekanan 950 milibar dan kemudian meniupnya atau mengosongkan kandungan dengan mencondongkan di belakang trak,” kata Premraj Das, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Duromac.
TCIEmempunyai rangkaian pengedar dan pusat servis yang luas diseluruh Malaysia. Sebarang pembelian UD Trucks oleh pelanggan akan disokong oleh UD Extra Mile Support yang melibatkan Servis dan Alat Ganti Tulen UD, Latihan Pemandu UD, UD Telematics Services dan Perjanjian Servis UD Trust