Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

06 September 2024

PLUS Kumpul Pemain Industri Pengagngkutan Berat Pada HEVTEC 2024 Untuk Bincang Inisiatif Kelelamatan

Seramai 200 peserta terdiri daripada pemain-pemain industri di kalangan komuniti kenderaan berat,  pengawal selia serta agensi penguatkuasa menyertai Persidangan Keselamatan Kenderaan Berat (HEVTEC) 2024 untuk membincangkan inisiatif-inisiatif  keselamatan yang melibatkan kenderaan berat di Malaysia yang dianjurkan buat tahun ketiga oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, “Persidangan HEVTEC 2024 kali ini diadakan bersempena dengan Conference on Asia Road Safety (CARS) 2024 dengan kolaborasi MIROS dan PERKESO, yang telah diadakan pada 2 September hingga 4 September.”

Menurut Datuk Nik Airina, “Walaupun komposisi kenderaan berat di Lebuhraya PLUS adalah hanya 10 peratus, namun sebanyak 21 peratus daripada kemalangan yang direkodkan di Lebuhraya PLUS  pada tahun 2023 melibatkan kenderaan berat dan komersial. Malah, 34 peratus daripada kemalangan maut di Lebuhraya PLUS juga berpunca daripada kemalangan yang melibatkan jenis kenderaan yang sama. Oleh itu, persidangan HEVTEC ini bertujuan untuk mencari pendekatan dan langkah-langkah yang terbaik untuk mengurangkan risiko kemalangan melibatkan kenderaan berat.”

“Di samping itu, apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan kenderaat berat, impaknya amat besar kepada semua pengguna lebuh raya kerana ianya akan menyebabkan kesesakan teruk dan apabila berlakunya penutupan laluan terlibat kemalangan, trafik terpaksa dilencongkan keluar dari lebuh raya. Tambahan pula, tempoh pengalihan dan  pembersihan sering mengambil masa yang panjang kerana ia memerlukan penggunaan jentera berat dan peralatan khas. Hal ini boleh menjejaskan dan menyukarkan perjalanan pengguna yang lain.”

“Berdasarkan pemerhatian kami, kenderaan berat yang membawa muatan yang berlebihan berisiko amat tinggi untuk terbabit di dalam kemalangan. Oleh itu, kami berharap semua operator kenderaan berat memainkan peranan mereka dan mematuhi had muatan yang dibenarkan bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan di lebuh raya,” jelas beliau.

Justeru, isu keselamatan di jalan raya umumnya merupakan tanggungjawab kita bersama. Ia menuntut tanggungjawab dan komitmen daripada semua pihak, termasuklah pengendali lebuh raya, badan kerajaan, sektor swasta, pemain-pemain industri dan orang awam. Dengan wujudnya usaha kolaboratif di antara pelbagai pihak berkepentingan seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PDRM, JPJ, MIROS dan PERKESO, PLUS yakin ia akan  menyumbang kepada peningkatan secara holistik dalam aspek keselamatan jalan raya.

Sesi forum pada persidangan HEVTEC 2024 turut menampilkan ahli-ahli panel berpengalaman luas  alam bidang masing-masing antaranya adalah Prof. Dr. Wong Shaw Voon, Pengerusi, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), ACP Fauzi Osman, Timbalan Pengarah (II), Jabatan Siasatan &  Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tuan Zulkarnain Yasin, Pengarah (Dasar Penguatkuasaan & Pendakwaan) Bahagian  Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Tuan Ir. Ts. Mohd Hafzi Md Isa, Ketua Unit  Keselamatan Perjalanan, Cawangan Pencegahan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), PLUS serta pemain-pemain industri pengangkutan dan logistik.