Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Apa yang anda tahu tentang asas untuk menjadi pemandu berhemah?

Selain dari menggalakkan masyarakat untuk memandu secara berhemah, Asian Trucker telah menghantar Fajar (penulis kami) ke khusus pemanduan berhemah. Di Asian Trucker, kami akan pastikan “keluarga” di dalam Asian Trucker menerapkan sikap-sikap ini terlebih dahulu. Fajar, 23, tidak pernah menghadiri mana-mana khusus pemanduan selepas beliau lulus ujian lesen memandu. Sebelum beliau menghadiri khusus pemanduan berhemah, kami tertanya-tanya jika Fajar masih ingat akan perkara-perkara asas ketika memandu. Latihan pemanduan dijalankan oleh Mr Sean Khoo, perunding di syarikat latihan beliau.

“Saya tidak menyangka akan mempelajari pelbagai perkara yang baru selepas menjalani latihan tersebut. Apabila saya disoal, apakah yang akan saya lakukan sebelum saya menghidupkan enjin kereta, saya cuma menjawab, sudah tentu perkara asas. Sean menyoal lagi, apakah perkara asas tersebut? Memasang tali pinggang? Pada mulanya saya agak yakin bahawa saya tahu dan saya amalkan undang-undang memandu di dalam rutin harian saya, tapi saya silap,” kata Fajar.

Kursus pemanduan berhemah yang dijalankan oleh Sean, biasanya akan mengambil masa kira-kira setengah hari untuk mengajar peserta tentang asas-asas pemanduan berhemah.

Teori
Menurut Fajar, sesi pertama adalah lebih fokus kepada fakta-fakta yang berkaitan dengan kemalangan yang berlaku di jalan raya. Beliau menunjukan beberapa contoh menerusi video bagi membincangkan potensi yang ada untuk mengelakan kemalangan atau menjadi pihak ketiga yang terlibat di dalam kemalangan jalan raya. “Sean bertanyakan saya berkenaan dengan beberapa maksud papan tanda di jalan raya, saya tidak dapat menjawab dengan yakin. Ini jelas menunjukkan bahawa saya tidak memberikan perhatian yang sepatutnya terhadapa papan tanda di jalan raya,” kata Fajar sambil tersenyum.
Dalam sesi ini juga, kita akan mempelajari bahawa untuk menjadi seorang yang “berhemah” adalah dengan menjadi lebih peka terhadap keadaan sekeliling bagi keselamat pemandu-pemandu lain. Contohnya, jika kita terasa seperti diekori, kita perlu memandu atau berhenti dibalai polis yang berhampiran.

“masyarakat biasanya akan mengambil ringan akan hal-hal yang berkaitan dengan pemanduan hanya kerana memandu adalah sesuatu yang kita lakukan dalam kehidupan harian. Peraturan tercipta mempunyai sebab- sebab tertentu bukan untuk membebenkan kita,” terang Mr Khoo. Apabila perkara ini dikaitkan dengan perniagaan perdagangan, perkataan “berhemah” juga boleh dihubung kaitkan dengan keselamatan kargo. Memastikan barang perdagangan selamat dan tidak mudah diserang penjenayah.

Praktikal
Sebelum anda menghidupkan enjin kereta, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memastikan persekitaran anda selamat terutama jika anda berseorangan menuju ke tempat letak kereta. Apabila anda memasuki kereta, trak atau bas anda, kunci pintu dengan segera. Pastikan anda memeriksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan.

“Semasa menjalankan ujian pemanduan, saya perlu memberikan 100% fokus bukan sahaja kepada kereta dihadapan saya malah kepada papan tanda, kenderaan disebelah kiri dan kanan, pejalan kaki dan juga kepada penunggang motosikal. Sentiasa perlu bersedia dengan perkara yang berpotensi untuk berlaku di atas jalan raya,” kata Fajar.

“Jarak diantara kenderaan adalah sangat penting, kenal pasti jarak kenderaan kita dengan kenderaan di hadapan supaya kita dapat bertindak jika berlaku sesuatu. Selain itu, peka dengan kenderaan yang mengekori anda di belakang kerana sudah tentu anda tidak mahu pulang ke rumah jika kenderaan yang sama berada di belakang anda lebih dari 20 minit,” nasihat Mr Khoo.

Tujuan utama latihan praktikal ini adalah supaya pemandu berfikiran lebih kehadapan terhadap sesuatu yang boleh terjadi ketika memandu dan cara untuk mengatasinya. Perkara yang kecil atau rememh itulah yang boleh memberi impak besar dalam hidup kita.

Fajar meneliti rumah kedua bagi para pemandu trak – Perhentian rehat RnR

Kawasan rehat dan rawat disepanjang lebuh raya atau lebih dikenali sebagai “RnR” di Malaysia adalah satu perhentian penting untuk setiap perjalanan. Pihak awam mungkin menggunakan RnR ketika mempunyai perjalanan jauh manakala bagi pemandu trak pula, membuat perhentian di RnR pada setiap hari terutama bagi pemandu trak yang membuat penghantaran pada jarak jauh.

Oleh itu, kemudahan di kawasan rehat dan rawat adalah sangat penting kepada para pemandu trak. Saya meneliti beberapa kemudahan yang telah disediakan dibeberapa kawasan rehat semasa “Roadshow” yang diadakan baru-baru ini oleh Kelab Pemandu Asian Trucker. Kemudahan yang disediakan mampu membantu para pemandu trak untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Kerusi Urut
Menurut Spine-Health (rujukan berkenaan sakit belakang), yang ditulis oleh Peter J. Schubbe, DC, urutan boleh memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan sakit belakang. Begitu juga dengan kerusi urut yang direka untuk melegakan dan mengurangkan kesakitan.

Kemudahan Tandas yang Bersih dan Bilik Solat
Tandas dan bilik solat yang bersih akan memberi keselesaan kepada pengguna. Secara tidak langsung, ia akan membawa kepada ketenangan dan fikiran yang positif. Kebiasaannya, pemandu trak pada jarak jauh, akan menggunakan kawasan rehat untuk mandi dan mencergaskan diri mereka kembali.

Zon Merokok
Saya kagum apabila kawasan rehat di Malaysia telah diumumkan sebagai kawasan zon larangan merokok . Inisiatif ini juga telah meningkatkan kebersihan dan kebersihan di kawasan perhentian. Tidak ada lagi puntung rokok yang mengotori lantai dan mereka yang tidak merokok bebas dari asap rokok.

Makanan
Daripada apa yang saya lihat, lebih banyak pilihan makanan yang sihat dan ruang makan yang bersih ditawarkan di kawasan rehat. Gerai buah-buahan yang bertambah seperti menjual buah-buahan Malaysia seperti durian, langsat, duku dan banyak lagi.

Keselamatan
Barang yang dibawa didalam trak boleh menjadi barangan yang bernilai. Hentian rehat harus menjadi tempat yang selamat untuk para pemandu trak yang meninggalkan lori mereka ketika berehat.Oleh itu, pihak PLUS menyediakan perkhidmatan 24hours di setiap perhentian dan 24 jam perkhidmatan PLUSRonda yang menawarkan:
• Perkhidmatan untuk kenderaan mengalami kerosakan mekanikal atau kerosakan ringan
• Perkhidmatan Tunda ke plaza tol yang paling hampir atau perhentian rehat (bagi kenderaan Kelas 1 sahaja)
• Pengurusan Trafik dan penyelarasan perkhidmatan kecemasan
Untuk mendapatkan bantuan PLUSRonda, pengguna boleh: -
• Panggil PLUSLine tol percuma di 1800 88 0000
• Gunakan telefon kecemasan yang disediakan di setiap 2 kilometer di sepanjang lebuh raya PLUS