Shell Malaysia Mengembangkan Liputan Teknologi Diesel Terbaru ke Sabah
Shell Malaysia mengumumkan ketersediaan "Shell FuelSave Diesel Euro 5" pada 22 Februari. Ini adalah diesel jimat minyak yang berkualiti tinggi, terdapat di lapan stesen jualan sepanjang pantai barat Sabah.
Shell FuelSave Diesel Euro 5, diformulakan dengan Bahan Aktif Efisien, adalah minyak diesel yang lebih bersih yang meningkatkan kecekapan penjimatan minyak. Antara kelebihan lain adalah, Shell FuelSave Diesel Euro 5 juga mengandungi bahan pembersih yang membantu melindungi enjib daripada bendasing penyuntik.
Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Timur Sdn. Bhd., Au Tong Sing, Pengurus Jualan Kebangsaan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Ben Mahmud, Ketua Pemasaran Runcit, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. merasmikan majlis pelancaran tersebut, yang diadakan di Golden Hill Enterprise, salah satu cawangan jualannya di Kota Kinabalu.
"Di Shell, kami berusaha memberikan yang terbaik untuk pengguna kenderaan di Malaysia, supaya mereka mendapat lebih untuk perjalanan mereka. Pelancaran Shell FuelSave Diesel Euro 5 adalah sebahagian komitmen kami kepada pelanggan, di samping kami terus menjuarai dan memberikan produk paling berkualiti, servis yang baik dan tawaran-tawaran yang menarik," kata Shairan.
Di menambah: dengan pelancaran Shell FuelSave Diesel Euro 5, kami memberikan pemandu yang memandu sepanjang pantai barat Sabah, peluang untuk mengalami minyak diesel kami yang terbaik dan paling efisien."
Dengan kandungan sulfur yang ultra-rendah, hanya sebanyak 10 bahagian sulfur per juta (ppm) berbanding 500 ppm sulfur pada Shell FuelSave Diesel Euro2M, Shell FuelSave Diesel Euro 5 sesuai dengan enjin diesel moden dan terkini.
Shell FuelSave Diesel Euro 5 akan ditawarkan di 16 stesen sepanjang pantai barat Sabah pada masa akan dating. Senarai stesennya adalah seperti berikut:
Bundusan Service Station, Bundusan
Golden Hill Enterprise, Kota Kinabalu
Kivatusin Station, Penampang
KNY Express, Inanam
L.A. Taipan, Inanam
Mega Gas Station, Menggatal
Mutiara Klasik, Kota Kinabalu
One Station, Tuaran
SMS Kg Likas (Sabah) SB, Likas
Stesen Maju Jaya, Keningau
Stesen Minyak Hj Tengah B. Bagol Dan Anak, Sipitang
Stesen Minyak Shell Maju, Penampang
Stesen Minyak Wawasan, Kota Kinabalu
Syarikat Kotobu Sdn Bhd, Putatan
Tamajaya, Lok Kawi
Yun Cheong Shell SVC Station, Tanjung Aru