Sunmax Petroleum Kembangkan Armada Dengan UD Quester

UD Trucks dan TCIE menyerahkan lapan unit Quester tugas berat kepada pelanggan baharu dalam pengangkutan bahan api, Sunmax Petroleum Sdn Bhd.
UD Trucks dan rakan pengedar tunggal Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE) telah menyerahkan lapan unit trak tugas berat UD Quester kepada pelanggan baharu mereka, Sunmax Petroleum Sdn Bhd (Sunmax), dalam satu upacara penyerahan kenderaan yang berlangsung di ibu pejabat Sunmax di Lukut, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Steve Hedouin, Pengarah Urusan Hab Malaysia, UD Trucks berkata, “UD Trucks rasa berbesar hati kerana Sunmax telah memilih model trak tugas berat Quester untuk menyokong perniagaannya yang semakin berkembang. Rangkaian Quester telah dibangunkan dan sentiasa diinovasikan sehingga menjadi rangkaian trak terkenal yang mewakili logistik pintar untuk kecekapan lebih tinggi di dalam pasaran yang sentiasa berkembang dan berubah.
“Rangkaian trak Quester terkenal dengan prestasi dan ketahanannya yang mantap, serta lebih efisien dalam penggunaan bahan api dan kos, produktiviti, keselamatan dan tempoh beroperasi. Semua ini dapat membantu pelanggan-pelanggan menguruskan cabaran operasi mereka dengan lebih berkesan, sekali gus mengoptimumkan keuntungan perniagaan.
“Kami percaya bahawa pelaburan dalam Quester oleh Sunmax ini akan dapat meningkatkan produktiviti perniagaan serta kualiti perkhidmatan mereka kepada pelanggan-pelanggan sepanjang masa, seperti mana juga Quester telah menyerlahkan komitmen kukuh UD Trucks terhadap perniagaan pelanggan-pelanggan kami,” katanya.
Lapan unit trak baharu itu terdiri daripada empat unit model Quester CWE, dan dua unit model Quester GWE dan GKE setiapnya yang akan digunakan untuk pengangkutan diesel dan bahan api di Semenanjung Malaysia. Model Quester CWE dan GWE ialah trak konfigurasi gandar 6x4 dengan kuasa kuda antara 330 hingga 440, manakala model Quester GKE ialah trak konfigurasi gandar 4x2 dengan 390 kuasa kuda. Kesemua trak itu dilengkapi dengan enjin 11 liter GH11E yang dicipta untuk pengeluaran tork yang berkuasa dan penggunaan bahan api yang cekap melalui operasi kelajuan enjin yang rendah. Trak-trak itu terdiri daripada kotak gear 9 dan 12-kelajuan dan sistem brek udara penuh serta sistem brek enjin tambahan.
Siow Wee Chuan, Pengarah Urusan, Sunmax Petroleum Sdn Bhd berkongsi ketika penyerahan, “Kami teruja dengan penambahan trak Quester kepada armada kami, justeru menandakan permulaan hubungan kami dengan UD Trucks. Memandangkan perniagaan kami adalah berkaitan pembekalan dan pengangkutan bahan api, faktor-faktor termasuk kecekapan, prestasi, kebolehpercayaan dan keselamatan trak mempengaruhi pilihan kami terhadap trak tugas berat Quester. Keputusan ini dicapai selepas kami telah membuat beberapa siri perbandingan dan penilaian.
“Kami optimistik terhadap perkembangan perniagaan kami. Dengan penghantaran kenderaan yang kini sempurna, kami yakin bahawa trak-trak Quester baharu kami akan beroperasi dengan kecekapan dan produktiviti maksimum. Kami menjangkakan bahawa trak-trak baharu ini akan dapat membantu kami mencapai matlamat operasi melalui penggunaan bahan api dan kos yang lebih kurang, memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan kami melalui masa operasi trak yang lebih baik dan mengukuhkan keuntungan perniagaan kami.”
Sunmax ditubuhkan pada tahun 2019 dengan urusan perniagaan yang melibatkan pemborongan dan pengangkutan petrol, diesel dan pelincir, dengan tumpuan kepada bekalan bahan api dan diesel kepada kapal bunker.
Loh Thim Choy, Pengurus Besar Kanan, TCIE mengulas, “Kami di TCIE mengucapkan terima kasih kepada Sunmax serta menekankan komitmen kami dalam memberi sokongan yang mereka perlukan sebagai pelanggan baharu yang dihargai. Quester bukan sahaja satu rangkaian model trak tugas berat yang teguh, tetapi juga fleksibel dan sesuai untuk pelbagai aplikasi dan segmen-segmen industri. Trak ini dibina untuk memberikan prestasi yang kukuh, masa operasi yang hebat, kecekapan bahan api dan ciri-ciri keselamatan. Kami amat yakin bahawa Sunmax akan dapat menikmati semua kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh Quester dalam masa dekat.”
Kesemua trak-trak Quester untuk Sunmax ini dilengkapi dengan UD Connected Services, iaitu sistem pengurusan armada yang berkomunikasi tanpa wayar dan berteknologi tinggi bagi membantu syarikat menguruskan armada mereka dengan lebih berkesan.
“UD Connected Services adalah sistem yang hebat dalam membantu Sunmax memaksimumkan keuntungan perniagaan melalui pengurusan armada yang cekap. Ia membekalkan pelanggan-pelanggan kami maklumat kritikal tentang penggunaan bahan api dimana ia boleh digunakan untuk menganalisis tingkah laku panduan, serta boleh menjejaki lokasi trak dengan gambaran keseluruhan yang tepat. Ciri-ciri ini membolehkan pelanggan-pelanggan kami membuat perancangan berkesan dan mengambil tindakan untuk meningkatkan kecekapan bahan api dan mengurangkan kos, meningkatkan masa operasi kenderaan, mengurangkan perhentian tidak dirancang dan kos operasi yang tidak diperlukan,” tambah Loh.