Scania Ecolution and Rakan Kongsi Berjaya Mengurangkan CO2 Bersamaan Dengan Penanaman 10 000 Pokok
Scania Ecolution bersama dengan pelanggan Scania telah mencapai jumlah pengurangan 681,000 kg Karbon Dioksida (CO2) sehingga kini. Jumlah ini adalah setara dengan penanaman kira-kira 10,000 pokok yang tumbuh mekar selama setahun lepas.
Scania Ecolution adalah kerjasama khusus antara Scania dan para pelanggan untuk mengurangkan penggunaan bahan api, justeru membantu dalam pengurangan pelepasan CO2. Perkongsian ini juga bertujuan untuk mengurangkan kos operasi yang seterusnya membawa kepada keuntungan lebih baik selain memenuhi permintaan inisiatif mesra alam yang semakin meningkat.
Prasyarat Scania Ecolution adalah dengan mendaftar ‘Scania Fleet Management System (FMS) Control 10 Package’. Sehingga kini, lebih 200 trak dan koc dari lebih 30 pelanggan telah dioptimumkan dengan spesifikasi yang sesuai bagi memenuhi operasi masing-masing.
Konsortium E-Mutiara Berhad, yang menggunakan solusi menyeluruh Scania, adalah pelanggan koc Ecolution pertama di Asia pada tahun 2018. Kenderaan yang
dioptimumkan ini dilengkapi dengan FMS di mana data tentang kenderaan dan pemandu dapat diperoleh untuk analisis. Prestasi pemandu boleh ditingkatkan
berdasarkan data ini. Di samping itu, khidmat latihan dan bimbingan juga dapat mengurangkan masa terbiar, pembrekan secara tiba-tiba dan memandu melebihi had
laju untuk mencapai kecekapan bahan api yang lebih baik selain mengurangkan jejak karbon.
“Kemampanan dan keuntungan boleh berjalan serentak. Ini terbukti apabila Scania Ecolution dan pelanggan kami mencapai prestasi lebih baik selepas selepas menyertai Scania Ecolution. Sememangnya, ini petanda baik untuk beralih kepada sistem pengangkutan yang lebih mampan di negara ini,” kata Pengarah Urusan Scania Southeast Asia, Marie Sjödin Enström.
AONE Logistics Sdn Bhd, pelanggan trak Scania Ecolution pertama di Asia, percaya bahawa sasaran ini boleh dicapai melalui pengoptimuman kenderaan serta pengurangan pelepasan bahan api dan CO2 yang dipersetujui. Kemajuan dalam mencapai sasaran ini akan sentiasa dipantau, dinilai dan dibincangkan dengan Pengurus Scania Ecolution secara berkala bagi memastikan pencapaian keputusan yang diinginkan.
Mohd Sidek Amzah Enterprise, pengedar gas petroleum cecair (LPG) eksklusif di Senai, Johor, yakin akan cara kerja Ecolution dan menganggap Scania Ecolution
sebagai alat operasi yang penting memandangkan bahawa syarikat beliau masih mampu bersaing dengan syarikat lebih besar walaupun hanya sebuah syarikat yang
agak kecil di pasaran. Ini sebahagiannya disebabkan oleh penjimatan kos daripada penggunaan bahan api yang lebih rendah. Lebih penting, Scania Ecolution membantu
mengurangkan jejak karbon syarikat, justeru merendahkan impak kepada alam sekitar.
Sebagai pengeluar utama kenderaan komersial berat, sasaran iklim Scania yang meluas telah diluluskan oleh inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (‘Science Based Target initiative’ atau SBTi). Scania komited untuk mencapai matlamat perjanjian Paris iaitu mengehadkan pemanasan global hingga 1.5°C melebihi paras praindustri.
Scania akan memotong pelepasan CO2 sebanyak 50 peratus daripada operasinya menjelang tahun 2025, di samping mengurangkan pelepasan daripada produknya
sebanyak 20 peratus dalam tempoh yang sama. Scania Ecolution adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif ke arah pencapaian matlamat ini.
“Kami di Scania kekal komited dalam mendorong peralihan ke arah sistem pengangkutan yang mampan. Pendaftaran yang semakin bertambah menunjukkan
bahawa Scania Ecolution mungkin akan diterima sebagai suatu standard di kalangan pelanggan di Malaysia, sambil mengorak langkah ke Asia Tenggara,” tambah Marie.